Tuesday 22 March 2011

Monorel Melaka

Hari tu aku tengok CM Melaka (Ketua Menteri) ada lancarkan monorel masa isytihar Melaka Maju 2010.. jadi aku fikir..huh cepatnya buat monorail !! yang aku tau monorail kat KL tu pun berapa tahun punya construction baru nak siap.. jadi bila berkesempatan ke Melaka nih aku plan nak cuba try test orang kata..

stesen monorel Hang Jebat, Melaka



sampai saja kat stesen Hang Jebat..tengok kiri-tengok kanan.. ehh apsal tak sibuk cam kat KL tu??.. mungkin orang Melaka naik kete saja kot sebab Melaka pun kecik saja... dah naik ke kaunter baru tau..rupanya monorel nih hanya jalan ke hujung laluan dan patah balik ke stesen ini saja... sebabnya... stesen seterusnya belum siap dan projek di stesen ke dua (Hang Tuah) pun masih tak siap... jadinya macam naik keretapi funfair saja la nampaknya.. sambil-sambil ambik angin ehehe.. dah datang tu.. alang-alang naik jugak

kaunter tiket monorel

bab tiket harga dia RM 10.00 agak mahal..mungkin sebab kalau tak charge mahal camana nak cover kos ye tak... dan staf kaunter pun ramai lepak-lepak saja sambil main laptop.. almaklum takde ramai orang naik.. cuma pelancong-pelancong je yang naik..tambah pulak hari nih hari Sabtu..tak ramai orang datang lagi kot. tapi yg pelik kat tiket tulis "selangor"...

tren dah sampai..sempat posing jugak heheh

Sepanjang laluan tu ada la penerangan tentang tempat-tempat menarik sepanjang laluan tu seperti Kampung Morten dan sebagainya melalui video dan info kat dalam tu... perjalanan pergi dan balik mengambil masa lebih kurang 15 minit..ehh cepat betul.. kalau boleh round satu pusingan lagi baru puas rasanya...RM 10 tu... dah kena turun tu.. pekena ABC kat kedai dekat parking bawah tu sebelum balik ke hotel.. ada urusan lain pulak esok..baik rehat dulu..  lain kali kalau dah siap semua boleh naik semula... mungkin masa tu tiang monorel dah buat baru..bukan lagi tiang seperti billborad Big Tree macam selalu kita lihat masa nak ke KLIA tu :)


Selamat Datang @ From Penang With Love

2 comments:

  1. mmg elok melaka start awal buat monorel. kalau dah sesak cam kelumpor, hoh menyakitkan hati je.

    ReplyDelete
  2. @Ouled Kenitra mm.. memang bagus kalau buat awal2 nih.. senang kemudian..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberi pandangan..

P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)