0

rumput dan burung-burung

wall-1

wall-2

wall-3

wall-4

wall-5

wall-6

wall-7

Note : Click Photos to download :p

Others



Wallpapers (Nature)
Read more
0

Kampung Budaya Sarawak



[22
Jalan-jalan Sarawak kali ini membawa ke kampung Budaya Sarawak, ia terletak di kaki Gunung Santubong (35 Km dari Kuching @ 40 minit la lebih kurang)...

cara ke sini mudah saja sama ada mengambil teksi, ejen pelancongan atau menggunakan shuttle hotel (untuk yang sediakan la) kalau tak... boleh je naik teksi / van pengankutan awam (RM 20 lbh kurang..) tgk gaya ler..kalau nasib tak baik mahal sikit

bayaran masuk adalah RM 60.00 (dewasa) / RM 30.00 (kanak2 berumur 6-12 tahun).. untuk local.. murah sikit.. dan bagi yg bertugas di sarawak dan ada "passport" biru tu boleh dapat local price (dengan syarat kena bawak "passport" tu) kalau tak bawak.. alamatnya full price jugak la ehehe



dalam passport tu ada peta nih.. so kita ikut la route yg disediakan nih...

sebelum tu..kalau dahaga boleh minum dulu kat kafeteria yg ada di ruang atas berdekatan auditorium (surau ada di bawah kafeteria nih ) pemandangan dia cantik jugak..tapi ingat kita datang bukan nak minum.. ingat ..mahal tu bayaran masuk..so mesti memaksimumkan masa yg berharga ni



kalau kita ke balcony kafe nih kita akan nampak 'totem' atau tiang berukir kat bawah menyambut tetamu..




tarikan utama disini adalah rumah2 tradisional serta persembahan kebudayaan masyarakat etnik Sarawak, foreign tourist memang suka ni, boleh menari sekali




di rumah penan kita boleh la tunjuk skil menyumpit tersembunyi kita tu... (kalau dulu2.. zaman cave man kira skilled hunter la tu ehehe)




lepas tu kita ke rumah bidayuh pulak.. macam2 ada sini.. dalam perjalanan tu kita boleh cuba jambatan buluh (teringat masa zaman bebudak main 'titi' nih ) . disini ada juga dijual sedikit sebanyak kraftangan etnik bidayuh.

masa sampai nih pakcik ni tengah dok ukit tabung anak sumpit (dia tengah ukir design "1Malaysia" pada buluh tu) sambil tu menceritakan pengalaman beliau sejak Kampung Budaya ni dibuka disamping pengalaman menyertai pameran2 kebudayaan di dalam negara dan ke luar negara.

katanya beliau pernah mke Hulu Tembeling dan belajar juga ukiran di sana.. kalau yang ingin berbicara panjang boleh sembang dgn pakcik nih..ramah n banyak cerita yang dapat di dengar (Nama terlupa nk tanya pulak ekekeke )

sambil tu masa tak boleh dibazirkan kerana ia berlalu begitu pantas sekali..banyak lagi tak lawat..so snap gambar bersama pakcik n mak cik ..n terus ke destinasi seterusnya,



di rumah panjang Iban pula kita disajikan dengan persembahan muzik tradisional..selain pengunjug boleh menyewa kostum untuk bergambar dengan pakaian tradisonal.. kalau bernasib baik boleh tengok akak nih menenun kain pua secara tradisional... uuu..







seterusnya kita ke rumah orang ulu..huii tinggi rumah nih..n keadaannya juga nampak selesa...corak hiasan didinding juga amat menarik.. ketinggian nih juga membuat kita terfikir camana la nak tegakkan batang balak yang besar dan berat nih nak buat tiang masa dulu2 ye..




disamping tu juga kita boleh cuba kuih tradisi orang ulu..ape nama tah.. ia dibuat dari ubi kayu dan digoreng..




selain tu..ada juga rumah tinggi melanau..menarik rumah nih..sangat tinggi dan didalamnya pun ada lagi 3 atau 4 tingkat lagi... menakjubkan bagaimana manusi bina rumah macam nih..yg paling menarik ianya di negara kita sendiri MALAYSIA (tapi sayangnye bateri pulak dah "kong" masa nih..jadi takde la gambar ..seterusnya rumah melayu (biasa la typical Malay house..semua orang dah tau) tapi takpe..warisan mesti dijaga maajun pun ada jual sini ehehe :-D..seterusnya rumah ladang cina..(ada manik2 ..sarang burung dsb)

Akhir sekali semua pengunjung mesti menonton [b]Persembahan kebudayaan[/b]...(diadakan pada pagi (11.30 pagi) dan petang (4.00 ptg) sahaja..jadi time mesti la rancang kalau nak datang sini


lepas tu tibalah masanya nak balik.......then mula la satu masalah..takde teksi/ atau van penumpang yang biasa.. yg ada hanya Shuttle persendirian (di hired oleh hotel dan pakai kupon).. setelah berbincang dengan brader driver tu..dia pun setuju bawak ke Kuching (RM 20.00 sorang) , kerana kebetulan vannya kurang penumpang dan hendak ke Kuching (Masa dah 5.00 pm :-O) ..huh selamat..

moral of the story kena la prepare betul2 bab transportation nih ;-) biasanya pagi dan tengahari tu van biasa masih ada..kalau petang tu masalah sikit kerana van penumpang persendirian hanya beroperasi sehingga 5.00 ptg je.. baik datang pagi :)




Read more
0

Kek Lapis Sarawak




Kalau ke Sarawak memang tak sah la kalau tak beli kek lapis .. ada dijual merata tempat terutamanya di kaki lima kedai-kedai area Waterfront . Salah satu kedai kek lapis yang terkenal di Sarawak dan dikalangan orang-orang semenanjung yang berkunjung ke Sarawak adalah Kedai Kek Lapis Dayang Salhah.
 

disini terdapat berbagai jenis kek lapis yang ditawarkan ( ni sebahagian dari jenis swiss roll) very colourfull la.. yang paling best kita bleh rasa (makan ) semua jenis kek lapis sebelum beli (kecuali yg jenis mahal ler) .. cuma air jer tak disediakan ehehehe


 cara termudah nak ke kedai nih adalah dengan naik sampan (ada enjin) dari Waterfront Kuching ke Kampung Boyan (kedainya di Kampung Gersik...ala..sebelah je) di seberang sungai. Tambang 50 Sen jer..(ada lebih kasi lebih la..kesian pakcik tu ) . jalan lain adalah dengan kereta/teksi.. tapi jauh sket n kosnya tinggi la :)











Read more
0

Aidilfitri 1430 H @ 2009 M




Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan-rakan yang mengenali dan semua yang mengunjungi blog ini.....mekacehhhh :) 
Read more
0

Kiambang

kiambangBERTAUT2 copy

kiambangBERTAUT copy
Read more
0

Pulau Tioman





 



 



 



 



 


Read more
0

Kelate 2009


Read more
0

Renungan Aidil Adha


( Image Source : http://www.ysljdj.com/ )


Sempena Aidiladha yang mulia ini marilah kita sama-sama menghayati khutbah yang telah disampaikan Baginda Rasulullah S.A.W pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.


Khutbah Terakhir Rasulullah

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan.“

"Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini."

“Oleh itu, dengarlah dengan teliti kataku dan sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini."

“Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci."

“Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak."

“Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun supaya orang lain tidak menyakiti kamu lagi."

“Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu."

“Allah mengharamkan riba, justeru, segala urusan membabitkan riba dibatalkan mulai sekarang."

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu."

“Dia (syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil."

“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak di atas kamu."

“Jika mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang."

“Layani wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah dengan mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia."

“Dan hak kamu atas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasa pada Ramadan dan tunaikan zakat daripada harta kekayaan kamu."

“Kerjakanlah ‘ibadat haji’ jika kamu mampu."

“Ketahuilah bahawa setiap Muslim ialah saudara kepada Muslim lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia daripada yang lain kecuali dalam takwa dan beramal soleh."

“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah supaya jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas kewafatanku."

“Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepas aku dan tidak akan lahir agama baru."

“Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kataku yang sudah aku sampaikan kepada kamu."

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya."

“Itulah al-Quran dan sunnahku, hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain."

“Semoga orang yang terakhir lebih memahami kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku."

“Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya sudah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-Mu.”
Read more
0

Penafian / Disclaimer



PENAFIAN

Dengan menggunakan maklumat dalam blog ini, anda dengan ini bersetuju bahawa maklumat didalam blog ini hanya untuk makluman am sahaja

Maklumat disediakan oleh http://mr-ein.blogspot.com (melainkan dinyatakan sebaliknya) dan Mr.ein sentiasa berusaha untuk memastikan maklumat yang diberikan adalah terkini dan tepat, Mr.ein dalam apa-apa keadaan tidak mewakili atau menjamin, membayangkan atau mencadang. Berhubung kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau kebolehdapatan laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan atau grafik/gambar berkaitan yang terdapat dalam laman web untuk apa jua tujuan. Apa-apa kebergantungan yang anda letakkan pada maklumat-maklumat berkenaan adalah diatas tanggungan anda sendiri.

Mr.ein dalam apa-apa keadaan pun tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk apa-apa had secara tidak langsung atau kesan akibat daripada kehilangan atau kerosakan atau apa-apa kehilangan atau kerosakan yang timbul daripada kehilangan maklumat atau keuntungan yang berlaku disebabkan atau berkaitan dengan penggunaan blog ini.

Melalui blog ini anda boleh memaut/link blog/laman web lain yang bukan dibawah kawalan Mr.ein. Mr.ein tidak mempunyai kawalan keatas sifat, kandungan dan kebolehdapatan tapak-tapak tersebut. Kemasukan apa-apa pautan/link di blog ini tidak bermakna apa-apa pandangan didalam blog/laman web tersebut dicadang atau disokong.

Usaha sentiasa dibuat untuk memastikan blog ini sentiasa sedia dan berfungsi. Namun begitu, Mr.ein tidak  menjamin atau bertanggungjawab sekiranya blog ini tidak boleh dicapai disebabkan masalah teknikal diluar kawalan Mr.ein.



DISCLAIMER

By Using The information in this blog, You've AGREED that The information contained in this blogis is for general information purposes only.

The information is provided by http://mr-ein.blogspot.com (unless it stated otherwise) and while Mr.ein endeavour to keep the information up to date and correct, Mr.ein make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

Mr.ein In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this blog.

Through this blog you are able to link to other websites which are not under the control of Mr.ein. Mr.ein have no control over the nature, content and availability of those sites. The inclusion of any links does not recommendation or endorse necessarily imply any views expressed within them.

Every effort is made to keep the blog up and running smoothly. However, Mr.ein takes no responsibility for, and will not be liable for, the blog being temporarily unavailable due to technical issues beyond Mr.ein control.


Read more

Wedding :p

Credit