Monday 14 June 2010

End Israel Occupation and Free Palestine



Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman (HR Muslim)

Berikutan keganasan yang dilakukan regim Israel keatas kumpulan kapal bantuan kemanusiaan - Freedom Flotilla, kebanyakan kita amat marah dan sedih dengan nasib magsa-mangsa yang terlibat. Perjuangan mereka hendaklah dipuji, dimasa orang lain tidak berani membantu masyarakat Palestin, mereka menawarkan diri. Orang-orang Palestin yang sejak tahun 1948 sehingga kini telah ditindas, dibunuh, dirogol, dihalau dan lain-lain "di" lagi yang tak tercakap disini..apa sahaja kejahatan yang dapat difikirkan oleh saudara semua telah dilakukan oleh regim zionis keatas masayarakat Palestin. 

Tetapi apakah tindakan kita? jika tidak mampu berjihad secara tenaga, kewangan dan sebagainya, sekurang-kurangnya kita berjihad secara azam dihati, untuk itu pamerkanlah mana-mana banner dibawah di blog masing-masing sebagai satu jihad untuk membantu masyarakat dunia agar tidak melupakan derita masyarakat Palestin dan tanah suci Islam yang telah berlarutan sejak sekian lama..InsyaAllah kebebasan akan tiba jua nanti.

To show your support..please copy this banner and put it on your blog,web page, facebook etc, no permission needed.. thanks ('',) 

 

0 pendapat:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi pandangan..

P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)