Thursday 2 January 2003

Penafian / Disclaimer


PENAFIAN / Disclaimer


Sebaik sahaja anda MEMBACA blog ni.. sila ambil maklum bahawa ANDA dengan ini TERTAKLUK dan BERSETUJU bahawa :



[MULA]

Kandungan/ Catatan
1. Posting dalam blog ini adalah pendapat penulis dan tidak bertujuan untuk memfitnah agama, kumpulan etnik, kelab, organisasi, syarikat, atau mana-mana individu.


Pandangan/ Komen
2. Pandangan/komen penulis adalah tanggungan penulis sendiri dan pandangan/komen anda adalah tanggungan anda sendiri,   

2a. DAN tidak dengan apa cara pun mencerminkan pandangan laman web dimana posting asal diterbitkan (kalau aku ada copy dari mana-mana la) atau  laman web/blog lain yang bergabung dengan laman web ini, kakitangan (aku hanya ada kaki & tangan aku saja ehehe.) yang terlibat dengan laman blog ini, atau ahli lain dari blog ini (buat masa ni takde ahli bersama..).  

2b. Ia juga tidak semestinya mencerminkan pandangan dari orang-orang atau hidupan yang tinggal di kejiranan penulis, bandar, wilayah, negara, benua, hemisfera, planet, sistem bintang, galaksi, atau alam semesta asal

2c. MLM (Multi Level Marketing) - Sebarang usaha atau perbuatan yang menunjukkan ciri-ciri bersangkutan MLM di ruangan komen, akan serta merta di padam tanpa amaran. Sila melawat Aididleaks sebelum membuat promosi MLM disini (kalau promote jugak..sudah tentu akan di padam jugak ehehe - zero tolerance!)


3. Penulis BERHAK memadam atau meminda sebarang kandungan atau komen TANPA memberikan apa-apa notis atau peringatan, yang pada pandangan (fikiran normal penulis) penulis menggangu atau melanggar terma-terma yang dinyatakan didalam ruangan penafian ini atau penulis tiba-tiba terfikir pada ketika itu ianya tidak sesuai.


Maklumat
4. Dengan menggunakan maklumat dalam blog ini, anda dengan ini bersetuju bahawa maklumat didalam blog ini hanya untuk makluman am sahaja.

5. Maklumat disediakan di dalam blog ini adalah hak penulis, melainkan dinyatakan sebaliknya dan penulis sentiasa berusaha untuk memastikan maklumat yang diberikan adalah terkini dan tepat. Jika terdapat kesalahan fakta/maklumat sila maklumkan penulis dengan apa cara sekalipun dan penulis akan seberapa segera membetulkan/ memadam/ meminda maklumat yang bersalahan tersebut.
5a. Copy Mengopy  - anda semua boleh copy asal untuk tujuan yang baik (kalau tujuan tak baik... kita berjumpa 'disana' nanti .. seperti kata seorang pemimpin hahaha. Bak kata orang tua-tua juga.. "orang berbudi, kita berbahasa..kalau mengopy sila link semula" (peribahasa moden)

5b

6. Apa-apa kebergantungan yang anda letakkan pada maklumat-maklumat berkenaan adalah diatas tanggungan anda sendiri.



Pendirian
7. Penulis dalam apa-apa keadaan pun, tidak mewakili atau menjamin, membayangkan atau mencadang berhubung kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau kebolehdapatan laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan atau grafik/gambar berkaitan yang terdapat dalam laman web untuk apa jua tujuan.

7a. blog ini juga TEGUH bersifat apolitical (klik sini) dan tidak memihak mana-mana pihak..walaupun jika disebut perkara berkaitan dengan politik



Keselamatan
8. Penulis dalam apa-apa keadaan pun tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk apa-apa had secara tidak langsung atau kesan akibat daripada kehilangan atau kerosakan atau apa-apa kehilangan atau kerosakan yang timbul daripada kehilangan maklumat atau keuntungan yang berlaku disebabkan atau berkaitan dengan penggunaan blog ini.

Pautan
9.Melalui blog ini anda boleh memaut/link blog/laman web lain yang bukan dibawah kawalan penulis. Penulis tidak mempunyai kawalan keatas sifat, kandungan dan kebolehdapatan tapak-tapak tersebut. Justeru kemasukan apa-apa pautan/link di blog ini tidak bermakna apa-apa pandangan didalam blog/laman web tersebut dicadang atau disokong.

Usaha
10. Usaha sentiasa dibuat untuk memastikan blog ini sentiasa sedia dan berfungsi. Namun begitu, penulis tidak  menjamin atau bertanggungjawab sekiranya blog ini tidak boleh dicapai disebabkan masalah teknikal diluar kawalan penulis.

[TAMAT]



puhh..panjang berjela... sekian.. :)

TIPS
Google Translate

0 pendapat: