Friday 3 June 2011

Marudi, Baram, Miri, Sarawak (Part 1)

Ni satu lagi stok gambar yang agak lama disimpan tak berkesempatan nak update...bulan April lepas punya event.

Al-kisahnya aku kena ke Daerah Marudi di Baram, Miri... nak jadi cerita, tarikh yang di pilih pulak tak ada penerbangan dari Miri ke Marudi pada hari tu, memandangkan esoknya pun tak ada flight maka terpaksa la ambik jalan darat..tambah pula tugasan akan bermula esoknya.. bak kata omputih 'by hook or by crook' mesti buat esok jugak.. jadi bermulalah perjalanan ala-ala "camel trophy" mengharungi jalan off road selama 3 jam...





Ford Everest
perjalanan menggunakan ford everest... selesa..tapi tak boleh tido..sebab jalan melompat-lompat hehe

kalau guna proton iswara cam brader nih..tak tau la boleh sampai ke tak..mungkin dia tinggal berdekatan memandangkan sepanjang jalan ni kadang-kadang ada jumpa rumah.. kalau sampai marudi kereta tu dah boleh buat tukun pasal jalan ni sangat teruk terutamanya jika melalui ladang kelapa sawit..tambah lagi kalau hujan...sangat becak, licin dan bahaya

jalan agak elok disini...


pemandangan saujana mata memandang...ladang kelapa sawit yang baru di tanam

ada juga penempatan pekerja ladang

Dah 2 jam lebih ..jumpa Sungai Bakong (ikut cakap driver yang bawak aku la..) tapi aku baca kat signboard tu tulis Sungai Arang.. mungkin sungai tu jugak dikenali dengan nama tu...mana aku tau kan eheh

feri ni pulak di tarik menggunakan rantai besi yang di tarik oleh enjin.. mungkin sebab sungai ni tak terlalu luas..

kalau di pandang cantik jugak kawasan ni...



selepas sungai bakong...lebih kurang 20 minit jumpa lagi sungai..kali ni Sungai Baram ..air dia agak laju dan sungai dia pun luas..jadi feri berenjin lebih besar digunakan...tapi atas risiko sendiri le..takde insuran :(


pemandangan Sungai Baram


Feri dari seberang sedang merapati tambatan...




dan lepas dari sungai baram baru dapat jumpa jalan raya yang elok :)

sebenarnya di Marudi ni semua cukup lengkap..cumanya jalan nak ke sana saja yang sukar sikit... cakap saja apa kemudahan diperlukan oleh 'orang bandar' kononnya susah kat pedalaman... Bank, airport, hotel, kad kredit (untuk hotel), kedai barang (lengkap) dan yang paling best ada Internet broadband 3G beb... kalau nak di bandingkan  dengan 3G kat Shah Alam aku ingat kat sini laju lagi.. (kat shah alam aku rasa agak lembab internet 3G dia...ramai orang guna kot.. tah le..).. so boleh surf semahunya..asal ada broadband modem tu...


ada kampung Melayu..jadi makanan halal takde masalah.. makan yang best + service terbaik aku jumpa di Marudi ..Kedai Bojeng (mcm ni kot eja..kedai dia takde tulis).. orang panggil Bojeng..aku cakap bojeng le.. kedai dia dibawah Hotel Mayland (hotel baru & selesa).. makanan kat kedai nih kira bagus ..kalau kedai kat kampung tu.. 2 jam belum tentu dapat (pengalaman aku la)..


gambar kat atas ni aku ambik dari tepi Hotel Mayland (aku stay sini) / depan Kedai Bojeng.. sebelah kedai Bojeng ada klinik...depan hotel ada bank dan kedai barang..
dah beberapa hari menyelesaikan tugas aku ...tiba masa untuk balik..kali ni tak pakai jalan darat dah (penat beb..) balik naik 'belon' la pulak... ni dia Airport Marudi

menunggu ketibaan pesawat dalam ruang pelepasan..

haa.. tu dia kapal terbang dah sampai... jenis Twin Otter dari MasWings
bergambar kejap..bukan selalu kan hehe

kat atas ni boleh la tengok jalan tanah merah & jalan ladang kelapa sawit yang digunakan kalau ikut jalan darat... dan kalau guna flight ni..lebih kurang 20 minit dah sampai Airport Miri !!..
nampak dah Miri dari udara...

dah sampai Airport Miri.jalan kaki macam Air Asia le jugak ...

pemandangan ..sambil-sambil jalan tu..snap le...

(bersambung...)

 Selamat Datang @ From Penang With Love


5 comments:

  1. agreed with u bro.. internet kt marudi mmg laju klau dibandingkan dgn kl.. aku keje kt marudi hometown kl even pkai streamyx 1Mbps kt marudi lagi laju dr 1Mbps kt kl.. bojeng tu kire kedai mkn paling pemes la kt sini..

    ReplyDelete
  2. @Anonymous

    hehe.. internet kat Marudi memang rock la.. kat Marudi ni, selain kedai Bojeng.. aku suka keramahan orang-orangnya, walaupun pada orang yang tak dikenali.. kat semenanjung dah makin kurang (bukan takde).. apa pun saya memang teringin nak ke Marudi lagi.. tapi apakan daya :p

    ReplyDelete
  3. marudi mmg best... my hometown.. thanks & congrats bro ats artikel yg cool nie..

    ReplyDelete
  4. @Anonymous sama-sama tuan..aku hanya mencoretkan pengalaman sepanjang aku berada di sana :)

    ReplyDelete
  5. owh my hometown...tq yg buat entry ni......

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberi pandangan..

P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)