Wednesday 16 November 2011

Korban @ Aidil Adha 1432 H (2011)


Allah Berfirman:
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat;  - Surah Al-Hajj : Ayat 34
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. - Surah Al-Hajj : Ayat 37


Semoga semua yang melakukan ibadat korban mendapat keredaan Allah Hendaknya..amin..

Ibadat Korban kalau di pantai Timur memang meriah..hampir kebanyakan rumah ada membuat korban, masa ni daging akan memenuhi menu dan peti ais.. kalau tak beringat boleh kena darah tinggi :)
 




Sesudah dibawa balik kerumah daging dipotong untuk dibungkus sebelum disedekankan kepada jiran dan sanak saudara

Bagi bahagian yang dijadikan akikah ianya dimasak untuk dijamu kepada sanak saudara dan jiran terdekat


 Selamat Datang @ From Penang With Love

0 pendapat:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi pandangan..

P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)