Thursday, 2 August 2012

Serbuk Kari "Live" Kepala Batas, Pulau Pinang

Baru-baru ni aku balik kampung untuk berbuka bersama keluarga di kampung... dah bukan selalu.. selain tu dapat jugak pusing-pusing tengok kawasan kampung dan persekitaran negeri nih...banyak sungguh dah berbeza,,suasana kampung pun semakin berkurang akibat dihimpit pembangunan...

tapi bukan itu yang nak cerita disini...tapi ini... tu dia.... kedai rempah kari




Siapa yang pernah tengok macam-mana rempah kari dicampur (disediakan)?.. yang biasa orang tengok,, rempah kari dah siap peket ..siap dengan brand lagi...orang kalau ke penang mesti pekena nasi kandar..dan nasik kandar mana ada pakai rempah peket... kebanyakan bermula dengan rempah sebegini :)

Kalau kita ke Kepala Batas, ada satu kedai rempah (disebelah Klinik Berjaya / depan Kompleks Komersial Kepala Batas @stesen bas lama ) iaitu Kedai Rempah S. Sitheek Mohamed. No 733, Jalan Perak, Kepala Batas.. rempah yang diminta akan di campurkan didepan mata kita dan mengikut kesesuaian citarasa kita..nak pedas..kurang pedas...terlampau pedas dan sebagainya.

Dulu-dulu masa sekolah menengah di Kepala Batas ni.. arwah nenek aku selalu minta ke kedai ni untuk beli rempah kari ikan atau daging dari kedai ni... setelah berapa tahun..dah tak ingat..baru ini lah aku jejak semula kedai ni.. untuk beli kari kerana cik puan aku nak cuba kari penang .... so kena la cari yang tradisional..dan ori


Kalau masa aku sekolah dulu yang campur adalah bapanya (aku selalu beli kat si bapa)..la ni si bapa pun telah meninggal dunia..dan anaknya telah mengambil alih meneruskan pekerjaan tradisi nih..jaga kedai jual pelbagai rempah..

Sambil rempah dicampur..kita boleh juga minta tips cara memasak kari, nasi briyani dan lain-lain masakan yang guna kari ... macam-macam rempah ada..kari ikan, daging, kurma, dalca, sup, pajeri, kuzi, briyani, bukhari, murtabak, rasam, kalya dan lain-lain... selain tu barang-barang masakan tradisi india juga ada seperti kas-kas, safron, air mawar, minyak bijan....jenuh nak sebut hehe..

kesimpulan kalau mai sini boleh cuba beli repah dicampur segar dari ladang (kedai)


Selamat Datang @ From Penang With Love

0 pendapat:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi pandangan..

P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)