Sunday 23 December 2012

MAHA 2012



Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur Dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 datang lagi..dan telah berlangsung pada 23 November - 2 Disember 2012. Pameran ini menghimpunkan pengusaha-pengusaha pertanian, hortikultur dan agro pelancongan malaysia. selain itu turut memperlihatkan inovasi dan teknologi terkini dalam bidang pertanian. Terdapat juga pameran dari negara-negara luar.


Alhamdulillah kali ini sempat juga sampai untuk melihat pameran yang berlangsung... Berkebetulan pula ada urusan kerja berdekatan jadi bolehlah hadir.. bak kata pepatah..'sambil menyelam minum air'..
Macam biasa..masalah kesesakan hehe


Sasaran sudah tentu ruangan jualan pokok-pokok. Sebabnya nak mencari baja untuk pokok-pokok dalam pasu dan polybag kat rumah. Di MAHA ni pelbagai jenis baja boleh didapat disatu tempat. 
bunga-bunga pun banyak..harga amat berpatutan kepada peminat
haiwan-haiwan ternakan turut dipamerkan
Pameran jentera
P. Ramlee walaupun beliau telah lama meninggalkan kita, tapi sumbangan beliau kepada indsustri filem negara sentiasa diingati waima dalam pameran pertanian pun beliau 'muncul' :)
Sambil pusing-pusing tu ternampak pokok swet basil dan rosmary..sejenis herba inggeris..
Pokok Rosmary dan Sweet Basil yang telah dapat pasu baru..

Bukan pakar masak pun, tapi pernah le tengok Chef Wan guna semasa rancangan memasak dia tu, tambahan pula ada terbaca diblog. Jadi teringin pulak nak tanam sebagai hobi.. Tambah pula cik puan asyik menggunakan herba-herba ni yang jenis kering (beli kat tesco). Kan baik tanam sendiri..keringkan dan simpan, tak pun guna secara segar...wangi jugak :). Bertambah lagi koleksi pokok-pokok kat rumah tu.. Asal boleh makan taklah rugi ... Jadi lepas ni kena lah cari pasu yang sesuai untuk diisi pokok-pokok ni..:)

Selamat Datang @ From Penang With Love

0 pendapat:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi pandangan..

P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)