Wednesday 30 March 2011

Kamus Bahasa Utara - Orang Kampung Aku (Bahasa Jiwa Bangsa)


Entri kali ni aku nak merekodkan bahasa-/perkataan yang digunakan dikampung aku (kampung aku ni kat Seberang Perai Utara..nama rahsia ehehe), bahasa/perkataan yang satu ketika dulu selalu digunakan..tapi kini dah hampir pupus dan dah lama tak dengar bahasa-bahasa tempatan (local..bak kata orang kampung aku ehehe).. ni semua pengaruh tivi (TV) la ni... semua dah ala-ala KL sudah.. kalau lagi 20 tahun..entah lah..

Kekadang kita lupa..bahasa itulah yang membuatkan kita unik dan istimewa. Untuk makluman bukan semua bahasa utara @ Penang @Kedah @ Perlis @ Perak utara pada orang luar bunyinya nampak sama..tapi sebenarnya berbeza..di Penang saja antara bahasa tanah besar dan bahagian pulau pun ada beza..tu bagi orang yang mendengar dengan teliti.

Kalau kat kampung aku antara perkataan/bahasa selalu digunakan dahulu / sekarang (ada yang dah tak guna..mungkin moden kot..) adalah:

[ Nota Dinding : Bahasa/perkataan yang digunakan di kampung aku.. tapi kalau kampung / bahagian lain di utara tidak termasuk dalam ini cerita..heheh..mungkin juga terdapat persamaan atau perbezaan]



A
  • Awat (a-wat)
    • Maksud : Kenapa
    • Contoh : "awat hang tak bagitau kat aku depa nak mai umah ?"
  • Ayaq  (a-yaq)
    • Maksud : Air
    • Ayaq Lemenet : Air botol (macam coke/ soda dulu2 dalam botol tu)
    • ayaq acaq : Air limbah
B
  • Berberan-beran
    • Maksud : berlapis-lapis, berlebih-lebihan (untuk pakaian sahaja)
    • Contoh: "hang ni nak pi mana dengan baju berberan-beran nih?"
  • Balin (ba-lin)
    • Maksud : perbuatan membaling (tangan melepasi bahu)
    • lihat juga : "punggai", "hawin", "tenggalong"
    • Contoh : "hang balin sat anjin tu..hingaq saja malam-malam ni"
  • Besiaq (be-siaq)
    • bunyi "be" tu macam bunyi "be" dalam perkataan "bengong"
    • Maksud : orang yang membuang air kecil /kencing dengan kerap
    • Contoh : "Hang ni besiaq betoi la..dari tadi dok pi kencin !"
  • Bedeghemen (be-de-ghe-men) / bederemen
    • Maksud : muka comot dan penuh calar-balar/luka kecil (banyak digunakan kepada kanak-kanak), 
    • Contoh 1 : jatuh tersembam ..muka bederemen
    • Contoh 2 : hang ni pi mana? balik-balik muka habih bedeghemen?
  • Beluam (be-lu-am)
    • Maksud : buntil pakaian / gumpalan pakaian dan dibuat macam bunjut
    • Contoh : " kalau hang dah tak suka..hang buleh bawak semua beluam hang lepaih tu pi la mana hang suka !"
  • Bedeqhau (be-de-qhau)
    • Maksud 1 : bederau darah (ni semua orang tau)
    • Maksud 2 : Bergotong royong menanam padi
    • Contoh : "Isok jom pi bedeqhau dengan maki di bendang Pak Mud.."
  • Belemoih (be-le-moih)
    • Maksud : Comot (tumpuan diberikan kepada bahagian muka)
  • Belebau
    • Maksud: pukul di belakang dengan kayu besar
  • Berdanoq (be-da-noq)
    • Maksud : Comot dan berdaki (tumpuan diberikan kepada bahagian kaki dan pakaian)
  • Belengas (be-le-ngas)
    • Maksud : kotor/comot dan basah (tumpuan diberikan kepada badan)
  • Bunga taik
    • Maksud : Peribahasa - bergaduh (untuk kanak-kanak)
    • Contoh : hangpa dua dok melawak-melawak..sat lagi jadi bunga taik la tu..
  • Besiang (be-siang)
    • Maksud 1 : Menyiang ikan
    • Maksud 2 : Gotong-royong oleh orang-orang kampung dalam usaha membantu tuan rumah memotong bahan-bahan masakan (ubi, bawang,kacang dll) di rumah kenduri pada waktu malam sebelum hari kenduri keesokkan harinya
    • Contoh: Pak imam : "Semua jemaah dijembut untuk bersiang di rumah Pak Ali lepas isyak pasai dia nak kenduri kawin anak dia isok"
  • Boq:
    • Maksud :Joran (untuk memancing ikan)

  • Bon
    • Maksud : Polis
    • slang budak2 remaja..
    •  
  • Belahak (be-la-hak)
    • Maksud : sendawa
  • Bebai (be-bai)
    • Maksud : Merajuk (siap dengan memek muka)
  • Baloq (ba-loq)
    • Maksud : Calar balar (selepas kena libas)
    • Baloq Liat : Maksud : Malas

  • Balaih (ba-laih) 
    • Makna : Curi
    • Contoh : "Kutu mana tah balaih kasut aku kat mesjid tadi"

  • Ban
    • Makna: Terusan yang digunakan untuk pengairan padi (kat kampung aku nih orang tanam padi).. kalau parit tu panggil parit jugak la
  • Beban (Be-ban)
    • bunyi "be" tu macam bunyi "be" dalam perkataan "bengong"
    • Makna: keras kepala/ degil/ buat dek aje.. (selalu digunakan kepada kanak-kanak..)
      contoh : "Awat hang ni beban sangat haa..beqhapa kali mak cakap hang dok buat jugak"
C
  •  Cabai
    • Maksud: cili
  • Celuih (ce-lu-ih)
    • Maksud : Muat (digunakan untuk pakaian/badan)
    • Contoh : Hang celuih la..kalau masuk kot tingkap..aku mana celuih nak masuk
    • Contoh : Kasut aku nih dah tak celuih..nak kena beli baru kot..
  • Cemerkap (ce-mer-kap)
    •  Maksud : cuai / tidak berhati-hati
  • Cemuih  (ce-mu-ih)
    •  Maksud : Bosan
  • Cenge (ce-nge)
    • bunyi "nge" macam "nge" dalam perkataan "mengelat"
    • Maksud : Garang (boleh digunakan pada manusia dan binatang)
  • Cayaq (ca-yaq)
    • Maksud : cair
    • selalu digunakan bersekali dengan perkataan "ceroi" = cayaq ceroi
    • Contoh : kuah gulai tu cayaq ceroi
  • cebok
    • Maksud: gayung air @ bekas mencedok air
  • Ceroi (ce-roi)
    • Maksud : cair
    • selalu digunakan bersekali dengan perkataan "cayaq" = cayaq ceroi
    • Contoh : kuah gulai tu cayaq ceroi
  • ceghodong (ce-gho-dong) / cerodong
    • Maksud : tak tentu hala (hanya digunakan untuk manusia)
    • Contoh : budak-budak ceghodong tu bukan tau apa..yang depa tau melewaq saja malam-malam
  • combat
    • Maksud 1: drama combat (cite askar amerika lawan jerman dulu-sulu)
    • Maksud 2: serangga pada musim padi berwarna hitam dan berbau busuk
  • cenangau
    • Maksud: sejenis serangga yang bila masuk kedalam pusat manusia (kanak-kanak biasanya) menyebabkan bengkak
  • Chek
    • Maksud : Saya 
    • Kata ganti nama apabila bercakap dengan orang yang lebih tua/ ibu/bapa/suami/kekasih (suami tak guna chek bila cakap dengan isteri)
    • Tidak digunakan sesama rakan sebaya atau mereka yang berumur lebih rendah dari penutur
  • Cebok (ce-bok)
    • bunyi "ce" seperti "che"
    • Maksud : Gayung / perbuatan mencedok air
  • Cunggit (cung-git)
    • Maksud : Jongket  (satu bahagian lebih tinggi dari satu bahagian yang lain)
    • Papan cunggit : Maksud: Jongkang-jongket
  • Camoq (ca-moq)
    • Maksud : Berselerak / selerak
  • Chengkoi (cheng-koi)
    • Maksud : bengkok (merujuk kepada kecacatan tangan)
  • Choih 
    • Maksud : muncul secara tiba-tiba (sejenis side effect dalam perbualan)
    • Contoh : masa aku duduk kat bawah pokok pelam tu...karim tiba-tiba choih ada kat depan aku..terkejut aku
  • celapak (ce-la-pak)
    •  Maksud: Melanggar dengan kaki (sengaja @ tidak sengaja) dalam keadaan menerpa/melompat (bleh digunakan kepada manusia dan binatang)
    • Contoh :  Emak : "amin hang pi halau ayam tu cepat..sat lagi dia celapak naik atas meja tu.."

  • Contiang (con-tiang)
    • Maksud : Conteng
  • Cucoq / coq
    • Maksud : Semua jenis kuih bergoreng (lihat juga Kuih)
D
  • Daje / dajai
    • Maksud : Dajal
  • Dak
    • Maksud : Tidak
  • Depa/lepa (de-pa)
    • Bunyi "de" macam "de" dalam perkataan "debab"
    • Maksud : Mereka
  • Dongga
    • Maksud : Jendul (kepala)
Jendul (Kredit)

E
  • Ekoq
    • Maksud: ekor binatang
    • Maksud 2: Judi (nombor ekor)

F

G
  • Gaqhik (Ga-Qhik)
    • bunyi  kalau slang KL tu.."garik" (pelik la kalau bunyi slang KL ehehe)
    • Makna : hinaan - perempuan tak senonoh (digunakan kepada perempuan) biasa budak-budak la masa bergaduh tu..ada la keluar ayat nih..tapi org dewasa ada jugak guna ..
    • Contoh : "woi hang tu betina gaqhik"
  • Gabuih (ga-buih)
    • Maksud 1 : Menepis-nepis berulang-ulang dengan tangan untuk membuang kotoran/habuk (kerusi/pakaian dll)
    • Maksud 2 : Gabus
  • Gomoi (go-moi)
    • Maksud: Berguling-guling secara berpelukan antara dua individu/binatang (bergaduh)
    • Contoh : kucinn jantan Bedah bergomoi dengan dengan kucin jantan Peah kerana berebut kucin betina
  • Gebang
    • Maksud : cakap besar / cakap bohong
  • Gelemat (ge-le-mat)
    • Maksud : Kelam
    • Biasa digunakan bersama perkataan "gelap" = Gelap gelemat (macam jugak "kuih muih" dan "gunung ganang"
  • Gelut (ge-lut)
    • Maksud: Gesa / tergesa-gesa
    • Contoh : awat hang ni gelut sangat..nak pi mana?
  • Gelintey  (ge-lin-tey)
    • Maksud : uli kecil-kecil menggunakan jari telunjuk dan ibu jari (kadang-kadang jari tengah)
    • Contoh : "hang tolong mak gelintey tepung ni.. mak nak buat kuih siput"
  • Ghodong (gho-dong)
    • Maksud : Redah
    • Contoh : aku pun tak tau jalan..jadi aku ghodong saja la
  • Ghapla (ghap-la)/ rapla 
    • Maksud : cuai /lalai
    • asal dari bahasa arab " Ghaflah"
    • ghapla jingga = seseorang yang cuai, lalai + bengong sesikit ehehe
  • Gelema(ge-le-ma)
    • Maksud : Kahak
  • Gon
    • Maksud : Bukit kecil / bonggol jalan yang di buat untuk memperlahankan kelajuan kenderaan yang menggunakan jalan tersebut
  • Gu
    • Maksud : Pasangan / kumpulan
    • Contoh : bila mai si Mael tu cukup dah la gu depa nak pi mengai ikan
  • Ghabat  (gha-bat)
    • Maksud : memanjat (bangunan , pokok dll)
  • Ganyah (ga-nyah)
    • Maksud: digunakan untuk kegunaan kasar
    • Contoh : aku tak kesah baju ni kotoq..memang aku beli nak buat berganyah pun..
  • Ghengau (ghe-ngau)
    • Maksud : Cakar (manusia / haiwan)
    • Contoh : hang main la dengan kucin tu..sat lagi dia ghengau hang..baru tau
  • Guqhuih (gu-qhuih)
    • Maksud : Mancis
    • biasa digunakan bersama perkataan "api" = "ghuqhuih api"
  • Geqhek/ gerek (Ge-qhek)
    • Maksud : Basikal
  • Gincah (gin-cah)
    • Maksud : menumpahkan air dengan banyak (seperti bermain air)
    • Contoh : budak-budak tu..bila mak depa takdak kat rumah depa dok bergincah ayaq kat telaga
  • Gurmit/ germit
    • Maksud 1 : pengasah pensel
    • Maksud 2 : mata mesin penebuk/ drill (dulu orang yang buat rumah kayu pakai drill tangan)
  • Gerau (Ge-rau)
    • Makna : Pasukan tukang masak.. yang memasak semasa kenduri kawin/arwah
H
  • Hang
    • Maksud : Awak /Kamu 
    • Digunakan apabila bercakap dengan rakan sebaya atau mereka yang lebih muda dari penutur, jika digunakan kepada mereka yang dihormati atau yang lebih tua dilihat sebagai "kurang ajar"
  • Hangpa (Hang-pa)
    • Maksud : Engkau orang ("Korang"..kata orang KL)
    • Digunakan apabila bercakap dengan rakan sebaya atau mereka yang lebih muda dari penutur, jika digunakan kepada mereka yang dihormati atau yang lebih tua dilihat sebagai "kurang ajar"
  • Hambat
    • Maksud: kejar (cth dikejar anjing)
  • Haqhin (ha-qhin)
    • Maksud : Hancing
  • Habih
    • Maksud: habis
  • Heqhot (herot)
    • Maksud:  senget
  • Honggaq 
    • Maksud: perbuatan menggoyang-goyang (tiang / gigi)
  • Hawin
    • Maksud: perbuatan membaling ( macam baling bola boling)
  • Hanggau (hang-gau)
    • Maksud : cubaan mencapai benda yang jauh (hampir-hampir tak sampai) 
    • seperti cuba mengambil makanan di hujung meja tetapi perlu meleweati makanan-makanan lain.
  • Hingaq (hi-ngaq)
    • Maksud : hingar / bising
I

J
  • Jeqheluih
    • Maksud: Jerlus / terpelosok kaki kedalam lubang
  • Juah
    • Maksud: megah/ berlagak
  • Jangguih
    • Maksud: gajus (buah)

K
  • Kanji
    • Maksud : bubur nasi yang dimasak dengan daging, rempah dan sayur (seakan-akan bubur lambuk)
    • Maksud 2 : Gam (gam buatan sendiri yang dibuat dengan tepung ubi campur air panas)
  • Kuih
    • Maksud : Semua jenis kuih yang tidak bergoreng (lihat juga "cucoq")
    • Kuih Raya :Biskut moden/ tradisional yang di buat untuk dimakan pada hari raya Aidilfitri atau Aidiladha (lihat juga "Roti")
  • Kasut
    • Maksud: Selipar, capal,sandal, kasut dan lain-lain yang di pakai pada kaki (semua dipanggil kasut)
  • Kawaq
    • Maksud : Pencuri
  • Kenjah (ken-jah)
    • Maksud : Sepah
  • Kentoi (ken-toi)
    • Maksud : Pendek/ Ketot
  • Ketot (ke-tot)
    • Maksud: Kecil/ pendek
  • Kemetot (ke-me-tot)
    • Maksud : Kecil/pendek/ketot
  • Kelepiaq
    • Maksud: tepis (menggoyang-goyang tangan dengan kuat kerana basah)
  • Kelmarin
    • Maksud : Semalam
    • Kelmarin dahulu : kelmarin (hari sebelum semalam)
  • Kambuih
    • Maksud: tanam
  • Kelebet 
    • Maksud:  perbuatan memeriksa/ check yang bersungguh-sungguh
  • Kapok
    • Maksud: Peluk
  • Keleboq
    • Maksud : Lumpur yang dalam (lumpur sawah, ada part yang dalam)
  • Ketoq
    • Maksud: bekas ludah
  • Kutey
    • Maksud: cubit
  • Katup
    • Maksud: Tutup
  • Keloi
    • Maksud: memanggil dengan kuat (siap dengan gaya)
  • Ketit 
    • Maksud: gigit (serangga)
  • Ketegaq
    • Maksud: keras kepala/degil
  • Kumboi
    •  Maksud: tumbong kelapa (bila dibelah kelapa yang htumbuh terdapat bebola potih didalamnya)
    Kumboi (Kredit)
    • Kaboi
      • Maksud: Kumbang besar
    • Kampoi
      • Maksud: perbuatan menggulung (tali) boleh juga digunakan untuk perbuatan tergesa-gesa
    • Koman
      • Maksud: tak berkualiti ( rujuk juga 'lekeh' )
    • Kopet
      • Maksud : dompet duit / purse
    • kokko
      • Bunnyi - kok-ko
      • Maksud : Gendong di belakang (tanpa alat bantuan)
      • Kokko (Kredit)
      •  
    • koq
      • Maksud: gelung air (saiz besar), longkang kongkrit
      •  
         
    • Kupang ( duit)
      • Maksud: Sen (kalau 1 ringgit = 1 ringgit juga la)
      • Contoh:  sekupang (10 sen) , 2 kupang (20 sen), 4 kupang (40 sen) dan seterusnya... kecuali 1 sen (dipanggil 'seduit' atau 'duit seduit' ), 5 sen ( lima duit @ lima det)
      • Lain-lain = 25 sen (dipanggil 'suku') , RM 1.50 sen (dipanggil 'tengah dua ringgit') dulu zaman omputih ada 1/4 sen (dipanggil 'sekepiang') , selain dari tu macam bahasa biasa le 2.50 (dua ringgit setengah)
    L
    • La 
      • Maksud : Sekarang
      • Contoh : Hang mai sini la (sekarang) ni jugak...

    • Lasam (la-sam)
      • Maksud: keadaan nampak buruk dan kotor
      • Penjelasan: digunakan untuk merujuk kebanyakannya kepada keadaan  kain/pakaian/tilam sahaja
    • Lepa (le-pa) /
      • bunyi "le" macam "le" dalam perkataan "lepat pisang"
      • Maksud : terlepas pandang
      • biasa diguna bersama perkataan "lambat" = "Lambat lepa" 
      • Lambat lepa: Maksud : pantang terlepas pandang sedikit
        • Contoh: kucin ni..lambat lepa saja..dia bawak lari ikan tu
    • Lau 
      • Maksud: Reban
    • Lemari
      • Maksud: almari
    • Lintaq
      • Maksud: halilintar
    • Laih
      • Maksud: letih tak bermaya (kelihatannya)
    • Lagu
      • Maksud 1: macam
      • Maksud 2: Lagu (muzik)
    • Landoq
      • Maksud: mengeleber / lanjut
    • Latam
      • Maksud: lanyak (macam perbuatan berlari diatas tilam/ benda tebal dan lembut)
    • Ligan
      • Maksud: kejar
      • lain-lain : 'aci ligan' (permainan kejar-kejar)
    • Lokoih
      • Maksud: kuyup (basah)

    M
    • Mai 
      • Maksud : Datang / Kemari
      • Lihat Juga Pi
    • Mandom
      • Maksud : Tidak bersemangat / tidak bermaya
    • Masuk jawi 
      • Maksud: bersunat
    • Market 
      • Maksud: pasar (tak ada istilah 'pasar' @ 'pasaq'.. orang kampung aku panggil 'market') kecuali pasar malam
    • Mengkalik
      • Maksud : tunggang langgang
    • Meremut / meqhemut (me-re-mut)
      • Maksud: ramai /banyak (halus)
      • Digunakan kepada manusia/serangga/ulat yang jumlahnya tidak terkira
      • Contoh 1 : "geli aku tengok ulat tu..meremut"
      • Contoh 2 : "meremut orang pi tengok konsert jom heboh tu..."
    • Meghi / meri (me-ghi)
      • Maksud: hilang anjal (loose)(getah)
    • Meledin
      • Maksud: meleding/ melengkung di hujung (papan)
    • Merinin
      • Maksud: menggelembung (bengkak nak pecah)
    • Melugai
      • Maksud: rasa loya/ nak muntah
    • Marka
      • Maksud: teman wanita/ lelaki
    • Mot
      • Maksud: bawak/ bonceng (tumpangkan orang lain dengan basikal/ motosikal)
    • Menyerit
      • Maksud: berdesup
    • Mentara (men-ta-ra)
      • Maksud : budak-budak @ pemuda @ pemudi  yang membantu tuan rumah masa kenduri (layan orang kat khemah, angkat talam/dulang (dulu hidang ..mana ada catering), cuci pinggan dll.

    • Meghela (me-ghe-la)
      • Maksud 1 : gatal (perempuan)
      • Maksud 2 : sengaja cari pasal
    • Melewaq (me-le-waq)
      • Maksud: berkeliaran/ merayau
    • Meneghu / Meneru (Me-ne-ghu)
      • Maksud : Berpusu-pusu
    • Matgad (mat-gad)
      • Maksud : mud guard
    • Muhong (mu-hong)
      • Maksud : Tipu
    • Menaqsah (me-nak-sah)
      • Maksud : surau
    • Mottan (mot-tan)
      • Maksud: Rambutan
    N
    • Ndoi
      • Maksud : Buaian
    • Nyoq
      • Maksud: Kelapa

    O

    P
    • Pi
      • Maksud: Pergi / Ke (tempat)
        • Contoh 1 : Bila hang nak pi (ke) KL ?
        • Contoh 2 : Hang dok tunggu apa lagi.. cepat pi (pergi ke) sekolah !!
      •  Lihat juga : Mai
    • Pak tongko
      • Maksud: kuih cakoi
    • Pancin
      • Maksud: memilih
    • Pegu
      • Maksud: pasangkan (manusia/ haiwan) 
    • Pekon
      • Maksud: perbuatan membaling (dengan benda panjang & ringan dari sisi pembaling)
    • Pelepong
      • Maksud: senapang buluh (yang guna buah cenderai sebagai peluru)
    • Perkin /pekin
      • Maksud: berjimat
    • peghongoih
      • Maksud: perengus
    • Pulut kacau
      • Maksud: wajik
    • Peknga
      • Maksud:  lempeng kelapa
    • Punggai
      • Maksud: perbuatan membaling dengan benda kecil (cth batu kecil)
      • lain-lain : lihat juga 'hawin', 'tenggalong', 'balin'
    • Polok
      • Maksud: makan dengan lahap (penuh mulut)
    Q
    • Qhebeh
      • Maksud: terkoyak sedikit
    • Qhedaih
      • Maksud: langgar
      • Maksud 2: hentam keromo
    • Qhunaih
      • Maksud: perbuatan mencabut (keruping)
    • Qhayan
      • Maksud: berangan / khayal
    R

    • Roti
      • Maksud : Semua jenis roti DAN biskut (tiada perkataan "biskut" dalam kamus utara kampung aku)
      • Termasuk roti canai
      • roti kering = biskut
      • Lihat juga "kuih"
    S
    • sat
      • Maksud: sekejap
    • Seqhelum (se-qhe-lum)
      • Maksud : Serlum (kasut/pakaian)
    • Seghegum (Se-ghe-gum) Sergum/ seregum
      • Maksud : Kusut Masai (biasanya merujuk kepada rambut yang kusut masai)
      • Contoh : rambut dia tu seghegum macam hantu maklimah balik rumah
     
    sergum
    Sergum (Kredit)
    • Sagon
      • Maksud: sejenis makanan berbentuk serbuk dari kelapa 
      •  
    • Seqon (se-qon)
      • Maksud: Sarang ayam (tempat ayam bertelur)

    • Semanggang  (Se-mang-gang)
      • Maksud: fork basikal
      •  
    • Senyoh (Se-nyoh)
      • Maksud: perbuatan menekan & menolak muka lawan (bila marah) 
      •  
    • Soq
      • Maksud : Sahur
      •  
    • Sintin (sin-tin)
      • Maksud : Sinting (melipat lengan baju/seluar)
    T
    • Tang 
      • Maksud : Dekat / Di
        • Contoh 1 : Hang la ni dok tang (dekat) mana?
        • Contoh 2 : aku la ni dok tang (di) sekolah lagi..
    • Tenyeh (Te-nyeh)
      • Maksud: menekan dan menggerak-gerakkan jari secara berputar 
      •  
    • Tegheyak (Te-ghe-yak) (teriak)
      • Maksud: menangis
    • Teghebey (Te-ghe-bey)
      • Maksud: lastik
    • Terpeleot
      • Maksud: senget / bengkok
    • Tebiang (Te-biang)
      • Maksud: cari pasal / cari penyakit
    • Tibai
      • Maksud: sebat / pukul
      • Maksud 2: curi
    • Tinaih
      • Maksud: tekan sehingga mati (contoh tinaih kutu)
      • Maksud 2: potong (lumba)
    • Tawaq
      • Maksud: tawar
    • Telaga
      • Maksud: perigi
    • Tenggalong 
      • Maksud: perbuatan membaling (menggunakan benda panjang) (cth kayu panjang)
    • Tokyu / toyu (tok-yu)
      • Maksud : Kicap
      • Kasut toyu : Maksud : kasut bola hitam jenis kanvas (budak-budak sekolah dulu ada pakai..jenis bata)
    • Tala
      • Maksud : Hala / menghala/ menuju
      • Contoh : Anjing tu lepas dia ligan kawan aku..dia tala mai kat aku pulak
    • Taut (Ta-ut)
      • Maksud : Joran-joran ikan kecil yang dipasang umpan dan dipacak di tali air/terusan dalam jumlah yang banyak untuk menangkap ikan haruan (biasanya la.) 


    U

    V

    W

    X

    Y

    Z

    Nota Kaki : 
    1. Perkataan-perkataan yang belum disediakan maksudnya akan dikemaskini dari masa ke semasa..bila masa terluang.. apa pun layan dulu mana yang ada
    2. Jika ada soalan / mahukan jawapan bagi perkataan yang belum di beri maksud boleh masukkan dalam komen / ruang facebook dibawah atau di ruangan chat di bahagian kanan anda. 


    Selamat Datang @ From Penang With Love

    13 comments:

    1. menarik ... farah dok perlis dkat 20 thn pon ada loghat perlis yg farah xtw ..heee :)

      ReplyDelete
    2. nak tanye kalau `bak hang' tu pulak ape mksudnye??

      ReplyDelete
      Replies
      1. ''bak hang" ... merujuk kepada "habaq kat hang"

        contoh ayat:

        "dia punya punya jalan "bak hang"... eksyen habih.. "
        (gaya jalan dia aku "bagi tahu kau" ..berlagak betul) - ini terjemahan yang hampir ehehe..

        Delete
      2. singkatan "baq hang" habaq kat hang sama seoerti "cakap kor" cakap kepada engkau...

        Delete
    3. Terima kasih 👍👍👍👍

      ReplyDelete
    4. Moi , cempeqa , cewi , sat nti ada kita tulih bagi

      ReplyDelete
    5. Ada dak yg penah dgr perkataan ni. Berjerikat, teghisin (ghenyih)

      ReplyDelete
    6. Awat tu asai dari perkataan How What

      ReplyDelete
    7. Rewang Kedah ckp apa

      ReplyDelete

    Terima kasih kerana memberi pandangan..

    P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)