Pemergiannya tidak dirancang.. jauh sekali untuk diduga... namun Allah lebih menyayanginya dan memilih untuk dikembalikan kepadaNya.
Perkenalan yang bermula ketika menyertai kursus yang mesti diselesaikan untuk tujuan pengesahan jawatan yang antara lainnya memerlukan setiap peserta membina semangat setiakawan walaupun datang dari latarbelakang yang amat berbeza dan perjalanan hidup yang pelbagai.
Sekelompok manusia yang dikumpulkan selama 6 bulan dan bertemu setiap hari pastinya akan membina persahabatan dan hubungan yang erat .. bak kata seorang sahabat lain "kalau tak cantik pun..kalau dah hari-hari jumpa.." pasti terdetik dihati "comel juga ye"....ada yang jatuh cinta dan ada yang meneruskannya ke jinjang pelamin dan salah seorang dari kelompok ini adalah sahabat yang bernama Noria ini. Amat berahsia sekali akan perhubungannya... dan memilih seorang rakan yang bertuah bernama Akram sebagai suami yang akan menemani perjalanan hidupnya.
Namun manusia hanya merancang..Allah jua yang menetukan pengakhirannya...
Pada 23 Disember 2011 tatkala news feed status mukabuku aku yang biasanya dipenuhi segala ayat-ayat cinta, angau, nasihat, tazkirah, iklan, jualan langsung, gosip/fitnah (merasakan orang lain tak baca?? this is public space la dol ) tak kurang juga berita yang entah apa-apa.... tiba-tiba satu flow berita yang agak pelik bagi aku yang mula masuk... siap dengan ayat-ayat pemberi semangat.. bukan satu atau dua.. tapi hampir semua friend muka buku !!.. " mesti ada suatu yang tak kena" setelah disiasat dimaklumkan bahawa sahabat ini sedang bertarung nyawa kerana komplikasi melahirkan anak dan amat memerlukan bekalan darah jenis B-ve yang jarang didapati.. dan aku pulak B+ve .. hah..!! hanya kata-kata semangat melalui mukabuku dan kepada Akram (yang aku pasti tiada masa untuk baca..sedang ramai yang menulis) dapat dilayangkan, selain rayuan .. agar ada kalangan rakan-rakan mukabuku yang dapat ke Kelantan atau yang berhampiran dapat menderma darah untuk membantu...
Pada 24 November 2011..news feed muka buku masih tidak berubah.. bermacam-macam kisah dan berita yang bercampur ada yg positif .. "dah stabil" ... "baby selamat" .... dalam hati Alhamdulillah... sambil berharap akan ada berita yang menggembirakan.....
25 Disember 2011 ... 6.00 pagi ....newsfeed mula penuh dengan "al-fatihan" .."Takziah" .. "banyak bersabar" hah!! takkan lah... akhirnya memang benar berita yang diterima.. Al fatihan dan doa mengiringi untuk sang sahabat.. semoga sahabat lain yang menziarah dapat menyampaikan salam kepada keluarganya..
Hari ini..dengan perginya seorang sahabat dan teman..beserta segala kenangan dan memori..dipanjatkan doa kepada Ilahi agar menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman..kerana sesungguhnya kematiannya adalah untuk menyambung umat Nabi S.A.W sebagaimana yang dituntut...
Al-Fatihah..
buat sang teman
Noria Binti Idris
1.9.1982 -25.12.2011
ein, aku sedih... =(
ReplyDelete@Hasina Terebuzzu
ReplyDeletememang sedih dan tidak disangka.. ..air mata tidak akan membantunya..
hanya doa yang selayaknya dititipkan..semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..dan semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ini demi anak yang dilahirkan.. dan semoga anak itu dapat bertahan dan menjadi insan yang berguna seperti yang diharapkan oleh ibu bapanya... amin
mat brahim:
ReplyDeleteal fatihah buat arwah noria..
hanya tinggal kenangan,
berlalu sudah..
@Khairul Amri Ishak
ReplyDeleteamin...
nampaknya begitu..
hanya kenangan berbekas dihati..insyaAllah
Walaupun tak kenal, mengenali beliau sebagai teman kepada suami yang satu kursus dpa+unggul, tetapi cerita2 beliau dan cara pemergian beliau adalah amat dirasakan..tiap kali buka internet pasti nak search perkembangan anak nya...yang pasti pemergian saudari noria memang takleh hilang dari ingatan sampai skarang...Al-Fatihah.
ReplyDeleteSaudari yang tidak mengenali lagikan terasa..tambah pula kami yang mengenali kedua mereka.. pernah bergelak ketawa..tiba-tiba hilang..semoga rohnya dirahmati Allah..amin
Deletesalam,
ReplyDeletetrjumpa blog ni waktu googled pasal arwah.
al-fatihah.
salam kenal..jmput follow kmbali :)