Pada 10 Disember 2011 pada siapa yang sedar akan keadaan semasa pastinya berpeluang untuk melihat Gerhana Bulan (kalau tak mendung le..)
Sedang melayan TV sambil bermuka buku' terpandang status rakan-rakan pasal gerhana..hah baru teringat berita dalam radio siang tadi bahawa malam ni ada gerhana bulan.. dan alhamdulillah..masih belum terlambat... gerhana masih belum bermula dan bulan pun masih terang..ditambah pulak langit yang cerah....canteekkk... boleh tengok gerhana ...
Sementara tu..pasang tripod siap dengan camera cabuk yang ada kat depan laman rumah.. bagus... cuaca pun tak sejuk sangat...siap camera pun bukan apa... mana tahu boleh wat kenangan dan upload di blog..
puan isteri pula sediakan 2 kerusi...aku setkan camera .. gaya ala-ala National Geographic punya cameraman .. sambil tu sembang sembang dengan isteri kat depan laman rumah...
jiran sesekali lalu..mungkin balik dari pasar malam... mlm ni memang ada pasar malam ... mesti diorang pelik.."ape ke gila diorang nih sambil duduk atas kerusi tengah laman dalam gelap laki bini nih..."...
tapi tak kisah la..janji dapat tengok gerhana bulan.. bukan hari hari boleh tengok kan... sambil tu layan jugak FB sesekali...
jadi bagi mereka yang tak berkesempatan atau terlepas nak tengok secara live...ni dia gambar-gambar gerhana tu...gambar ori. nih.bukan cilok atau pinjam dari pakcik google tau... layann..
nampak juga muka bulan yang berjerawat tu hehe...kalau ada DSLR lagi mantap... tapi sayang belum berkeupayaan ehehe
gambar-gambar diatas adalah sebahagian dari gambar- gambar yang dah di snap dan yang dah dibesarkan..untuk sejelas yang mungkin..kalau besarkan lagi pecah la sikit pixel dia nih...
kalau original ...nampak titik cahaya je la korang eheh
0 pendapat:
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi pandangan..
P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)