25 Februari 2012 : Naik Kereta Kabel Langkawi.. tak pernah naik langsung.. ni 1st time orang kata.. seminggu sebelum tu tengok rencana dalam rancangan Majalah3 di TV3 pasal penyelenggaraan dan latihan menyelamat untuk kereta kabel Langkawi.. jadi semangat nak cuba tu berkobar-kobar :) .. orang yang jauh.. dah banyak kali naik.. kita yang depan mata..tak sampai-sampai ehhehe
HARHA TIKET : RM 30.00 - dewasa
RM 15.00 - kanak-kanak
(warganegara yang bawa MyKad / MyKid ada kadar istimewa)
Waktu operasi - 10.00 pagi / 9.00 pagi bagi hari cuti umum (rujuk web panorama)
Pengalaman? sungguh gayat bagi
orang yang takut tinggi ehehe.. rasa macam naik flying fox pulak...
risau pun ada pasal kereta kabel atau disini dipanggil "gondola" ..
ingat gondola kat Venice tu je.. dan gondola ni guna sistem 'single cable'..
tambah cuak bila dia melalui tiang penyambung yang berfungsi untuk
memberi ketegangan kepada kabel tu..bergoyang jugak la ...huh.. tapi
alhamdulillah setakat ni tak ada kejadian buruk berlaku kerana ia
diselenggara mengikut jadual dan sentiasa diperiksa.. (kata wartawan
Majalah3 la)
Kereta kabel ni ada 3 stesen utama termasuk stesen bawah. tu.. di stesen tengah kita boleh tengok pemandangan yang indah dan lapang saja rasa.. kat atas ni ada juga perkhidnatan urut kaki (sementara je kot).. tandas pun ada... surau pun ada (stesen tengah) ..jadi tak perlu bimbang terlepas solat bagi yang tak boleh solat jamak dan qasar.. makanan ringan ada juga dijual..
(stesen tengah - untuk naik ke stesen atas)
Di stesen tengah juga ada trek kira-kira 100 meter jugak untuk ke jambatan gantung (sky bridge) yang menakjubkan..terbayang bagaimana orang yang bekerja memasangnya... dan kita dengan mudah naik saja :).. kalau kurang cergas tu..penant jugak le hehe
dah sampai jangan lepas peluang untuk rakam gambar sebanyak mungkin.. ya la bukan datang hari-hari tu..
Di stesen atas (gambar bawah) pula ada dua menara dan disini kita boleh lihat matahari terbenam (sunset) ..itu bagi yang mahu tunggu la.. memikirkan perjalanan balik nanti gelap .. pukul 6 petang danh turun .. jalan agak gelap kalau malam pasal tak bayak tempat ada lampu jalan...
dah lama di stesen atas nih..sampai masa untuk turun.. jadi sekali lagi tunggu giliran.. cara dia turun agak mengejutkan..macam telur didalam bakul yang digantung je heheh..bergoyang agak kuat..tapi lepas tu ok je..rasa macam mula-mula turun tali flying fox je
bagi yang rajin membeli.. memang tak lepas membeli..
Dalam perjalanan baliktu singgah kejap layan tomyam, sate dan air kelapa.. fuhh segar rasanya.. :)
0 pendapat:
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi pandangan..
P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)