Sumber : Blog |
Setelah membaca kenangan si hasina.. aku pun nak jugak tulis pasal kenangan masa lalu aku..atau lebih tepat kenangan kehidupan masa aku kecik dulu.. jadi aku namakan kenangan aku nih sebagai Hikayat Budak Kampung…kiranya macam Hikayat Merong Mahawangsa jugak la...kalau dibaca 1000 tahun lepas nih la kot heheh… ya la kan.. masa tu mana ada dah suasana zaman aku kecik tu… wah dah melalut jauh dah nih… okey ceritanya begini………..
Tadika
Aku kecik-kecik dulu bukan lah budak yang pandai ..cuma normal average boy.. tapi bukan
la pulak bodoh ehehe.. Aku tinggal dengan nenek aku.. aku panggil dia mak tok. Aku
mula alam sekolah ni dengan ke tadika KEMAS, uniform kami baju kuning
air dan seluar pulak warna coklat.. kalau tak ke tadika budak2 main je
la..alhamdulillah keluarga aku ada kesedaran untuk pelajaran jadi aku dihantar
ke tadika..
Rutin harian kami di tadika hari-hari pi sekolah belajar kenal ABC dan
menulis.. lepas tu kami main dan makan.. pakcik aku selalu kata.. tadika ni “sekolah
makan”, masa tu aku pun tak faham apa maksud dia..bagi aku, yang penting ada
makan.. Aku ingat lagi
cikgu aku nama Cikgu Om..pembantu dia pulak Kak Norma.. pukul 9 pagi..kak norma
bagi kami minum milo dan makan kuih.. walaupun begitu aku memang suka ke tadika tu..pasal ramai kawan.. hari2
mak tok aku akan hantar ke tadika tu..pukul 12 mak tok aku datang ambil untuk balik
rumah.
Sumber : Google Image |
Kadang-kadang bila ada promosi penjagaan gigi oleh Klinik Kesihatan
ditadika.. kami dapat berus
gigi, koleh dan ubat gigi Colgate rasa pudina sorang satu .. apa lagi cikgu suruh
semua budak2 baris tepi longkakng kecil depan kelas.. kami berus gigi
sama2..seronok bukan main...
Petang2 pula aku tengok katun kat TV. Jenama TV tu
aku rasa Telefunken (hitam putih) yang satu2 nya ada dirumah mak tok tu.
Sekolah Rendah
Masa menganjak lalu..dah sampai pulak masa masuk sekolah
rendah Sekolah ni dalam kampung aku jugak.. masa darjah satu excited betul.. maklum
la baju baru dan warna pulak dah putih.. masuk sekolah pun tak la cuak sangat..sebabnya
sebahagian besar kawan sekelas aku adalah budak tadika aku dulu.. untuk kesekolah..pakcik
aku hantar naik motor. Balik..kadang2 aku jalan kaki.. lebih 1 km .. masa tu mana
ada duit nak beli basikal..dah kalau jalan kaki tu alamat pukul 1.30 petang
baru sampai rumah..campur singah2 kedai dan sebagainya.
Seingat aku masa darjah satu ni budak2 baru serius belajar menulis dan membaca.. nasib baik aku dah belajar kat tadika
dulu..jadi lepas.. Masa darjah dua..basikal BMX memang top
gila..semua budak2 berangan2 nak tangkap satu.. satu hari Cu Ya (salah sorang pakcik) aku beli
basikal ala-ala BMX..jenama Kuwahara walau bukan BMX betul aku happy gila, jangan harap sapa nak
naik basikal aku.. masa ni baru la hari2 naik basikal ke sekolah :)
1983 Kuwahara Laserlite KZ-83 - Ini lah rupa basikan aku dulu..sebijik beb.. (nama model baru hari ni aku tau hehehe).. ada lagi orang simpan :) kredit to : bmxmuseum |
Pencapaian akademik..aku pernah dapat no 7 masa darjah satu.. tu la satu2nya
nombor single digit aku dapat masa sekolah rendah. Sepanjang tempoh sekolah
rendah, aku memang akan dapat antara tempat ke 10 hingga 14.. pasal aku malas belajar asyik tengok TV dan main..
kalau mak tok aku tanya “awat banyak sangat nombor?” aku jawab “ala..kawan
tuuuuut..lagi banyak..ni ok lagi ni..”
Hobi aku masa sekolah rendah ialah memancing dan
menangkap ikan.. balik saja mengaji Al-Quran setiap petang aku akan ke kolam
datuk aku atau bendang..macam2 ikan aku ada, malam pulak siap2 untuk pergi
mengaji Al-Quran lagi...kira jadual memang penuh gila, pun begitu masih ada
masa bermain. Kadang-kadang bila jumaat aku ke bendang untuk pasang tin untuk
perangkap ikan laga (ikan semilai)..dan pagi2 hari keesokkan harinya (sabtu)
aku akan kutip balik..dalam tu ada ikan semilai.. masa tu banyak la ikan
semilai aku..berderet2 ada kat rumah dalam botol kicap..konon nak bagi kilat la
bila gelap.
Masa sekolah rendah jugak la..budak2 mula cuba hisap rokok..
masa tu aku darjah 4.. ramai kawan2 mula hisap rokok.. aku tak terpengaruh
sangat, mungkin takut kepada pakcik aku yang dah kasi warning awal2 lagi pasal
rokok nih. So aku tengok saja, lagi pun aku alergik sikit dengan sebarang
asap..mula la hidung aku tersumbat dan sukar bernafas. Masa darjah 4 jugak aku
cuba nak bersukan..salah satunya bola sepak..tapi aku tak terpilih..cikgu pilih
orang lain, bukannya wakil sekolah pun..wakil rumah merah je.. start dari hari
tu..aku dah give up semua jenis sukan...hehehe
Hidup aku pulak enjoy saja.. mungkin ada hikmah disebalik
aku tak join apa-apa sukan dan memang bermula darjah 4-6 nih mak tok aku mula
ajak ke bendang.. tolong dia tanam padi..kudrat aku pun bukan la banyak, jadi
masa musim tanam padi aku tolong mak tok campak ikatan anak padi di bendang
dari atas perahu (sampan) yang ditolak oleh pakcik aku (aku dok atas sampan
tu)..kerana esoknya akan ada kumpulan berderau tanam padi.
Kalau musim padi
mula masak pulak.. petang2 aku kena pegi menimba air sawah bersama2 mak tok dan
pakcik aku.. tujuan dia supaya bendang tak banyak air dan bila padi tumbang tak
la rosak pokok padi tu.. nak beli pam enjin tak mampu, upah pam pun mahal..jadi
guna la manual labour nih. Masa menimba nih lintah memang la tak dapat
elak..yang bestnya ikan pun dapat kerana dia ikut aliran air ke tempat
menimba.
Bila sampai musim ambik padi (menuai) ramai la orang ambik upah
memukul padi (mengetam dan meleraikan biji padi sebelum dimasuk dalam guni).
Masa ni mana ada mesin lagi.. awal tahun 90-an macam tu baru ada mesin padi.
Nak bawa pagi balik ke rumah pulak memerlukan upah orang untuk menanggung
setiap guni padi lebih kurang 50 kg dari tengah bendang balik ke rumah (lebih
kurang 500 meter jarak dia). Bila dah ada perkhidmatan mesin padi kerja menuai
lebih senang, malam pun boleh menuai padi. Bila sampai giliran bendang mak tok
aku.. aku naik sekali atas mesin menuai padi tu..keliling bendang..sampai habis
dituai..wah bangga betul masa tu..mana ada budak lain boleh naik.. tempat atas
mesin padi pulak limited.
Sumber : Blog |
Masa menuai padi, kalau bukan bendang sendiri budak-budak, termasuk aku
akan ikut belakang mesin padi masa dia menuai..masa tu burung ayam-ayam,
wak-wak dan kaki dian banyak, jadi kami bersedia dengan kayu untuk pekon burung
tu..sapa dapat nasib la..boleh buat lauk woo..
Sekolah Menengah
Dah naik sekolah menengah nih, kurang dah aku terlibat
dengan bendang apa semua pasal aku sekolah petang..jadi pagi pun tak sempat.
Masa ni mula la kenal kawan2 pelbagai bangsa..kat sekolah aku tu ada Melayu,
Cina, India, Punjabi dan Siam. Berbeza dari sekolah rendah kampung aku, yang
bukan melayu (india) hanya Palani dan adiknya. Disini banyak la informasi
berhubung adat dan budaya kaum2 dipelajari dan sedikit2 bahasa, biasanya budak2
pandai kata2 makian dulu..kerana bila gaduh boleh pakai ehehe.
Sekolah menengah aku ni pulak ada satu budaya yang
diwarisi sejak zaman British (dulu sekolah Inggeris) iaitu, hari terbuka
sekolah.. bila malam ada macam ala-ala prom.. macam cite omputih dulu2 tapi
takde la over sangat. Siang budak2
terlibat dengan jualan gerai dan sukaneka. Malam ada budak2 yang main
band, masa ni cikgu pun dah takde, budak2 la uruskan sendiri, tinggal pak guard
je..sekolah sediakan semua dari gitar, drum keyboard dan lain-lain. Budak-budak
apa lagi..pakat layan n menari semua. Aku masa tu dengan 2 kawan baik (sebaya)
merangkap jiran aku jugak enjoy gila la (baru tingkatan 1 tu..) .. bukan selalu..sedar2 dah 12.00 tengah malam,
tadi datang naik bas..sekarang pulak dah tengah malam. Terlupa bas akhir
pukul 10.00 mlm. Akibatnya kena call umah (nasib baih dah ada telefon masa tu)
minta tolong pak cik aku datang ambil dengan motor.. malam tu kami naik motor 4
orang.. siap kena leter esoknya.
Sumber : Google Search |
Tahun selepas tu, majlis macam tu tak
dibenarkan lagi, event sampai petang saja. Bila pengetua baru masuk, semua alat
muzik kena jual. Takde lagi budak2 main muzik. Semua kena belajar je..hehe.. Tah macam mana masa sekolah menengah aku memang pemalu gila dengan pompuan..nak bertentang mata pun susah (untuk tujuan mengorat la eheh).. lagi pun masa tu aku fokus utk belajar heheh... keputusan pun kira ok jugak.. bila dah habis PMR nampak macam ulat buku pulak..tindakan harus diambil untuk mengelakkan jadi nerd.. jadi mula bersosial la sikit..akibatnya result merudum sikit.. Alhamdulillah SPM lepas.. dah tak dapat masuk U..sambung lagi 2 tahun untuk STPM...result pulak kurang baik..saat tu aku bertekad aku mesti masuk U... untuk tu aku mula study bersungguh2..tambah pulak dah masuk sekolah swasta..bayar tu.. (makcik aku bayar) .. dan siap dapat motor lagi...dan akhirnya Syukur aku dapat jugak masuk USM... moral of the story.. " diri kita bukan dimana kita bermula..tetapi dimana kita berakhir ".. yang penting usaha dan percaya kita boleh melakukannya.
Begitu lah kisah aku dulu-dulu..bukan untuk berbangga..tapi untuk iktibar dan mengenang masa yang telah berlalu.. :)
Sekian, Terima kasih
0 pendapat:
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi pandangan..
P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)