Showing posts with label Kebun. Show all posts
Showing posts with label Kebun. Show all posts

Tuesday, 9 July 2013

Pasu DIY buatan tangan

Lama tak update... bila update terus update pasal kebun heheh
Bila Botol sabun mula bersepah... baik kita jadikan pasu bumga atau boleh jugak tanam sayur...
jimat dan mengurangkan pencemaran alam jugak... caranya..
dapat 3 botol... boleh dah buat

dah siap..
Bersama menjaga alam sekitar.

Dibulan Ramadan nih... boleh la buat masa tunggu berbuka tu..

'SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA'
Selamat Datang @ From Penang With Love

Sunday, 23 December 2012

MAHA 2012



Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur Dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 datang lagi..dan telah berlangsung pada 23 November - 2 Disember 2012. Pameran ini menghimpunkan pengusaha-pengusaha pertanian, hortikultur dan agro pelancongan malaysia. selain itu turut memperlihatkan inovasi dan teknologi terkini dalam bidang pertanian. Terdapat juga pameran dari negara-negara luar.


Alhamdulillah kali ini sempat juga sampai untuk melihat pameran yang berlangsung... Berkebetulan pula ada urusan kerja berdekatan jadi bolehlah hadir.. bak kata pepatah..'sambil menyelam minum air'..
Macam biasa..masalah kesesakan hehe


Sasaran sudah tentu ruangan jualan pokok-pokok. Sebabnya nak mencari baja untuk pokok-pokok dalam pasu dan polybag kat rumah. Di MAHA ni pelbagai jenis baja boleh didapat disatu tempat. 
bunga-bunga pun banyak..harga amat berpatutan kepada peminat
haiwan-haiwan ternakan turut dipamerkan
Pameran jentera
P. Ramlee walaupun beliau telah lama meninggalkan kita, tapi sumbangan beliau kepada indsustri filem negara sentiasa diingati waima dalam pameran pertanian pun beliau 'muncul' :)
Sambil pusing-pusing tu ternampak pokok swet basil dan rosmary..sejenis herba inggeris..
Pokok Rosmary dan Sweet Basil yang telah dapat pasu baru..

Bukan pakar masak pun, tapi pernah le tengok Chef Wan guna semasa rancangan memasak dia tu, tambahan pula ada terbaca diblog. Jadi teringin pulak nak tanam sebagai hobi.. Tambah pula cik puan asyik menggunakan herba-herba ni yang jenis kering (beli kat tesco). Kan baik tanam sendiri..keringkan dan simpan, tak pun guna secara segar...wangi jugak :). Bertambah lagi koleksi pokok-pokok kat rumah tu.. Asal boleh makan taklah rugi ... Jadi lepas ni kena lah cari pasu yang sesuai untuk diisi pokok-pokok ni..:)

Selamat Datang @ From Penang With Love

Wednesday, 19 September 2012

Durian...suda mariiii....


 Musim yang paling disukai anak cucu bila balik raya... kena pulak musim durian..ehehe

Monday, 13 August 2012

Hasil Depan Laman


Kata orang berbudi pada tanah ada juga hasilnya.. dah kalau tak ada tanah??  gunalah polybag yang diisi tanah ehehe.. tanam bukan secara besar-besaran, tapi sekadar mengisi masa dan ruang yang kosong dihalaman rumah...selain menghijaukan..boleh jugak makan

Wednesday, 27 October 2010

Tomato

Kalau ada masa lapang dan ruang depan ke tepi rumah eloklah di tanam degan pokok.. ada jugak hasilnya.. kurang-kurang pun sejuk mata memandang..

ni pkok tomato aku yang dah berbuah.. tanam dalam pasu saja.. saja aku test biji benih yang aku beli kat tesco ni.. tumbuh segar jugak nampaknya.. jimat ekonomi hahaha..sayang nya ada satu pokok je ..kalau tak boleh meniaga daaa...




Photobucket