Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Saturday, 21 April 2012

LANGKAWI : Cable Car


 
25 Februari 2012 : Naik Kereta Kabel Langkawi.. tak pernah naik langsung.. ni 1st time orang kata.. seminggu sebelum tu tengok rencana dalam rancangan Majalah3 di TV3 pasal penyelenggaraan dan latihan menyelamat untuk kereta kabel Langkawi.. jadi semangat nak cuba tu berkobar-kobar :) .. orang yang jauh.. dah banyak kali naik.. kita yang depan mata..tak sampai-sampai ehhehe

 

Wednesday, 29 February 2012

Sunday, 8 January 2012

JJCM lagi : Kari Kepala Ikan @ Restoran Ikan Bakar Samudera, Kuala Perlis (Edisi bajet)

Kali ni kita cuba pulak masakan Kari Kepala Ikan yang disediakan oleh Restoran Ikan Bakar Samudera, Kuala Perlis, Perlis @ Samudera Curry House @ Ikan Bakar Samudera.

Kari kepala Ikan (kecik.. almaklum edisi bajet eheh)

Monday, 12 December 2011

Masjid Kapitan Keling, Georgetown, Pulau Pinang


 Salah Sebuah masjid yang bersejarah di Pulau Pinang adalah Masjid Kapitan Keling dan kalau ke Pulau Pinang singgahlah ke masjid ini..

Tuesday, 6 December 2011

Nasi Kandar Deen Jelutong


Kalau ke Penang tak makan nasi kandar memang tak sah la... cumanya biasa orang hanya kenal Restoran Line Clear..Restoran Kayu  saja... kalau area Jelutong, Restoran Nasi Kandar Deen (Sebelah dengan Pejabat Pos Jelutong) lah yang terbaik.. ni masa study dulu memang selalu layan nasi kandar sini.. yang paling best ayam goreng dan kari dia...memang power lah
 tengok ramai dah dok beratur tunggu giliran tu..

 nasik dia....fuhh..sedapp..

Selamat Datang @ From Penang With Love

Monday, 21 November 2011

Cendol Kamal, Kepala Batas, Pulau Pinang

Cendol pulut memang terbaik la..pulut dia lembut dan manis..ditambah dengan cendol untuk menghilangkan dahaga.

Tuesday, 27 September 2011

Dari Taiping Ke Bukit Merah Lake Town Resort

17 Sept 2011 - Balik saja dari Majlis Perkahwinan Sue destinasi seterusnya adalah Bukit Merah Lake Town Resort alang-alang dah dekat..nak balik terus rugi pulak.. tambah lagi bukan selalu nak jalan-jalan jauh ni...

sebelum naik ke lebuh raya semula..boleh la singgah seketika kat tepi jalan di Taiping ni untuk membeli buah-buahan tempatan yang ada...bila lagi nak sokong peniaga tempatan kan? asyik beli kat Tesco saja..



Thursday, 22 September 2011

Majlis Perkahwinan Siti Suhana & Fitra Kamil

17 Sept 2011 - Setelah lama tak berjalan jauh untuk hadir kenduri kawin nih... pada 17 September 2011, alhamdulillah dapat ke Majlis Perkahwinan Siti Suhana & Fitra Kamil, member sekursus (ada ke perkataan ni?) yang mengadakan majlis sebelah pengantin perempuan pada hari ini... lama tak singgah ke 'Tepen" @ Taiping - mencetus kembali kenangan dengan satu komik yang aku suka dalam Majalah Humor GIla-Gila satu ketika dulu iaitu "From Taiping With Love" nukilan Rashid Asmawi.. kerana itulah juga nama blog ini sejak dimulakan sehingga kini di namakan "From Penang With Love".. hasil minat yang mendalam cerita katun itu :)



Friday, 3 June 2011

Marudi, Baram, Miri, Sarawak (Part 1)

Ni satu lagi stok gambar yang agak lama disimpan tak berkesempatan nak update...bulan April lepas punya event.

Al-kisahnya aku kena ke Daerah Marudi di Baram, Miri... nak jadi cerita, tarikh yang di pilih pulak tak ada penerbangan dari Miri ke Marudi pada hari tu, memandangkan esoknya pun tak ada flight maka terpaksa la ambik jalan darat..tambah pula tugasan akan bermula esoknya.. bak kata omputih 'by hook or by crook' mesti buat esok jugak.. jadi bermulalah perjalanan ala-ala "camel trophy" mengharungi jalan off road selama 3 jam...



Friday, 20 May 2011

Pantai Cenang, Langkawi

Nih gambar bulan April lepas masa ke Langkawi, meneman my cik puan membeli belah.. kalau dah ke Langkawi tu tak lain tak bukan mesti nak menengok 'adik beradik' pinggan mangkuk hehehe

cam biasa..bila sampai makan dulu.. kita pilih Kenny Roger Roasters la pulak kat Jeti Kuah..

Tuesday, 22 March 2011

Monorel Melaka

Hari tu aku tengok CM Melaka (Ketua Menteri) ada lancarkan monorel masa isytihar Melaka Maju 2010.. jadi aku fikir..huh cepatnya buat monorail !! yang aku tau monorail kat KL tu pun berapa tahun punya construction baru nak siap.. jadi bila berkesempatan ke Melaka nih aku plan nak cuba try test orang kata..

stesen monorel Hang Jebat, Melaka

Tuesday, 15 March 2011

Ikan Bakar Sungai Duyung, Melaka

Entri makan belum habis lagi...kalau ke Melaka mesti teringat Ikan Bakar.. terutamanya di Umbai ..tapi kali ni kita makan kat Restoran Anjung Muara, Sungai Duyong Melaka.. masakan dia boleh tahan sedap dan yang paling penting bersih la.. suasana juga menarik... walau pun nama kedai dia kedai Ikan bakar..kita boleh juga dapatkan masakan selain ikan bakar..cuma pelik sikit kalau tak makan ikan bakar  :) tapi kali ni kita makan ikan siakap sweet & sour la pulak..

kedai nih sesuai untuk bawak keluarga atau buat gathering ke apa..suasana juga tenang selain terdapat dewan kecil yang boleh digunakan untuk apa-apa majlis berskala kecil

siakap sweet and sour


makan kita makan nasi lemak bungkus bersama lauk pauk..baru best ratah lauk saja ehehe..nasi tu syarat je ehehe


Penilaian (1-5):
  1. Lokasi : 4
  2. Suasana : 4
  3. Makanan : 4
  4. Kebersihan : 4
  5. Servis : 4

Selamat Datang @ From Penang With Love

Wednesday, 2 March 2011

Asam pedas best kat Miri

Kalau berada di Sarawak... terutamanya di Miri..dan teringin pulak nak makan asam pedas (asam pedas Melaka) haa tu diaa. mana mau cari ??? nak cari kat mana ? tak perlu balik ke semenanjung atau ke melaka/johor ke ape..... kat (dekat kata orang utara) Miri ada Restoran Selera Melayu yang menyediakan masakan semenanjung terutamanya asam pedas Melaka.. dengar cerita pemilik adalah bekas polis dan buka restoran nih.. apa pun bukan kita nak buat scoop pasal pemilik kedai ni .tapi pasal makanan yang ada dijual disini (kalau nak tau jugak pasal tokey dia pi ke sini) dan yang paling penting mesti sedap !! kalau tak sedap..takde la aku masukkan kat sini..ngabihkan boreh je kata orang ..ehehe.

Restoran Selera Melayu, Miri, Sarawak


kat sini specialty dia memang la asam pedas.. tapi masakan lain pun ada.. hari nih kita makan.. asam pedas..masak lemak udang, bawal goreng, kerabu pucuk paku, sambal mangga, nasi putih dan untuk pencuci mulut buah-buahan (mangga + jambu air) serta desert .. apa nama tak tau yang rasanya susu sejat n koktel buah-buahan campur puding.

Restoran Selera Melayu, Miri, Sarawak


sambil-sambil tu boleh orer jugak sate...kedai nih tak jual..tapi brader kat depan kedai ni jual sate.. boleh bawak masuk dalam kedai...

kedai nih terletak dekat dengan pasar malam jalan saberkas.. sebelah dengan pejabat parti SPDP dan pos laju ..nak cerita lebih pun aku bukan tau sangat..almaklum orang yang bawak makan sini (malam pulak) (gambar depan kedai boleh tengok sini) so tanya pemandu teksi atau pakai google map ehehe

Peta Bermula di Mega Hotel ( dekat maybank) ke Saberkas Commercial Centre Miri


View Larger Map

Penilaian (1-5):
  1. Lokasi : 3 (susah nk cari parking kalau malam)
  2. Suasana : 4
  3. Makanan : 5
  4. Kebersihan : 4
  5. Servis : 4

Sumber/ Source: From Penang With Love
Selamat Datang @ From Penang With Love

Coretan Pengguna Facebook:

Tuesday, 22 February 2011

Pasar Satok, Kuching, Sarawak

Kalau ke Kuching, memang tak sah kalau tak ke Pasar Satok nih.. orang semenanjung kalau ke sini mesti cari ikan terubuk masin buat buah tangan bila balik... ye la bukan tak boleh buat sendiri, tak susah pun ..taruk garam saja..esok terus boleh goreng! masalahnya.. ikan terubuk kat semenanjung nih mahal nak mampos... seko yang ciput tu dah RM 7.00 - 8.00.. kat sini boleh dapat 3-4 ekor utk Rm 10.00 !!.. baik beli kan ehehe.. bukan naik pun scale kat airport tu.. lagi boleh kasi kat jiran2 sekali..dapat lagi pahala
Ikan Terubuk Masin, Pasar Satok, Kuching


Photobucket

Friday, 17 September 2010

Masjid Hadhari, Jerteh, Terengganu


Masa balik kampung di terengganu baru nih..singgah jap di Masjid untuk solat.. Masjid tu adalah Masjid Hadhari Jerteh.




 





Photobucket

Saturday, 19 June 2010

Jeti Kuah Langkawi

kadang-kadang kita akan terjumpa dengan keajaiban alam ciptaan Allah, cumanya sama ada kita perasan atau tidak..atau kita tidak mempedulikannya (",)





Makam Mahsuri

Kalau kita pertamakali ke Langkawi memang tah sah la kalau tak ke Makam Mahsuri. Kisah Mahsuri ni memang terkenal dengan dimana Mahsuri telah di fitnah berzina dan dihukum bunuh... Makam ni terletak di Kampung Mawat (Mawar? ..mawaq) semasa hukuman dijalankan (di tikam) badan mahsuri telah mengalirkan darah putih (ye..ke tak..terpulang pada masing-masing ehehe).. disini jugak lah kisah sumpahan tujuh keturunan bermula (diaktakan sebelum mati, Mahsuri telah melafazkan sumpah ini terhadap Langkawi)..


Bab makam mahsuri nih...memang berubah la.. dulu2 aku pernah tengok nisan mahsuri dalam gambar.. makam dia ala-ala modern gitu..dah sekarang dah macam zaman purba pulak..entah la mana yang betul aku pun dah tak pasti...

Makam Mahsuri terletak dalam Kompleks Kebudayaan.. dan selain pameran barang-barang lama..sejarah mahsuri. terdapat juga persembahan kebudayaan, muzik dan sebagainya (ini yang menyedihkan aku..ye la..kawasan kubur ada muzik2 dan sebagainya pulak..tak tau lah pandangan orang lain)

Masa aku sampai..ada pulak 'kutu' dah letak sesikat pisang (sedekah @ persembahan?) di kawasan kubur nih (nasib baik pagar dikunci..kalau tak mahu dia letak tepi nisan tu) nampaknya pengawasan perlu dibuat agar perkara2 khurafat tidak di buat disini.

Apa pun kisah mahsuri dengan Langkawi bak isi dengan kuku la

Tak jauh dari makam terdapat Teratak Sri Mawat..dikatakan rumah bapa Mahsuri, Pandak Mayah .. replika ke ape tadak dapat dipastikan (kalau dah tujuh keturunan tu faham2 je la...lagi pun dipersejarahkan [betul ke ayat aku nih..ehehe] keluarganya telah pindah ke siam setelah Mahsuri di bunuh)


Dalam perjalanan balik ke Kuah tu lepas keluar sikit dari Kompleks Makam Mahsuri ni..kalau dilihat disebelah kanan mesti ternampak pemandangan ni..(tak tahu la kalau ada lagi masa anda sampai..kot dah di develop ke apa)

Langkawi Under Water World

Salah satu tempat yang aku kira sesuai dan menarik untuk dilawati bersama keluarga (kanak-kanak) adalah Underwater World Langkawi.. banyak hidupan laut dan ikan-ikan pelik dan menarik dapat dilihat disini. bayaran masuk untuk dewasa RM 22.00.. kanak-kanak murah sikit :)
obor-obor ni
menarik salah satu akuarium..ni kalau ada kat rumah mesti best..tak tahan nak jaga je la hehe
 binatang berduri ni nama dia landak laut..suka betul dia makan (rosakkan) karang @ coral
cantik tak? ehehe
agak-agak berapa umur dia ye..kalau digoreng satu kampung boleh makan ehehe
lama aku dok tunggu nak 'snap' satu dua gambar.... sekor pun tak pusing, penguin ni semua asyik membelakangi pelawat..merajuk ke tunjuk perasaan ke ape kot hehe
budak-budak mesti suka ni..kadang-kadang orang dewasa pun suka :)
kolam ikan koi pun ada..

Friday, 21 May 2010