Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Wednesday, 19 September 2012

Durian...suda mariiii....


 Musim yang paling disukai anak cucu bila balik raya... kena pulak musim durian..ehehe

Tuesday, 11 September 2012

Aidilfitri 1433 H (2012)

 Solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Hadhari, Jerteh..

Wednesday, 16 November 2011

Korban @ Aidil Adha 1432 H (2011)


Allah Berfirman:
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat;  - Surah Al-Hajj : Ayat 34
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. - Surah Al-Hajj : Ayat 37

Friday, 17 September 2010

JJCM : Buah Dokong

 

Bersempena balik raya kali ini..Kebun buah-buahan adalah salah satu tempat wajib.. masa tak ada buah tengok pokok je..tapi masa ada buah..inilah masanya memetik buah-buahan tempatan

Pak mentua memang rajin tanam pokok buah-buahan untuk anak cucu dia.. anak cucu tau nak makan je hehehe

Buah dokong di sini amat murah harganya.. nak jual pun tak berbaloi.. harga pasaran RM 1.50 - RM 2.00 sekilo.. peraih ambil RM 1.00 sekilo.. tambah upah orang naik 30 sen.. tuan pokok dapat penat je..70 sen bayar minyak kete pun tak lepas.. jadi baik sedekah je dapat gak pahala ..

  
 siapa yang datang rumah dapat sorang dua kilo sebagai buah tangan..
 

bagi pokok yang tinggi kena la upah orang panjat..pasal tinggi sangat n bahaya bagi orang yang tak pengalaman..almaklumlah dahan kecil dan licin..



 
setelah penuh satu bakul boleh le masukkan dalam kete...

  
ni satu lagi 'kawan' rapat... pantang lepa je..mesti panjat kaki nak isap darah heheh

  

ni pokok yang rendah sikit...tapi buah banyak dan lebat
  

 

  

  

 

Photobucket

Aidilfitri 1431 H (2010)


Sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri..kita di sunatkan makan dulu...jadi menu pagi ini kat jerteh adalah Nasi Dagang (kebanyakan rumah di jerteh mesti buat ni..)

lepas tu baru gi solat aidilfitri..

 

  

lepas selesai solat sunat Aidilfitri
  

  

 


Photobucket

Masjid Hadhari, Jerteh, Terengganu


Masa balik kampung di terengganu baru nih..singgah jap di Masjid untuk solat.. Masjid tu adalah Masjid Hadhari Jerteh.




 





Photobucket

Monday, 14 December 2009

Aidil Adha 1430 H / 2009 M

Gambar ibadat korban kat rumah mertua di Jerteh, Besut, Terengganu.. walaupun lain sket dari kat kampung sendiri..ini semua pengalaman gak..tuh anak sedara aku yang dari KL berani2 tak je nak amik gambar dgn orang sebelih lembu ehehe

nih pulak kutu2 yang tak tau bersabar masa balik ke destinasi (lepas 2-3 hari raya) tak tau la apa yang diorang belajar dari ibadat korban nih.. semua mencari nahas untuk 'mengorbankan' diri dan orang lain. kalau dia sorang takpe jugak..ini tidak bakal menyusahkan orang lain dan membawa kesedihan kepada keluarga sendiri dan keluarga orang.. jadi bila memandu BERHATI-HATI DIJALAN RAYA :p