Showing posts with label Buah. Show all posts
Showing posts with label Buah. Show all posts

Sunday, 23 December 2012

MAHA 2012



Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur Dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 datang lagi..dan telah berlangsung pada 23 November - 2 Disember 2012. Pameran ini menghimpunkan pengusaha-pengusaha pertanian, hortikultur dan agro pelancongan malaysia. selain itu turut memperlihatkan inovasi dan teknologi terkini dalam bidang pertanian. Terdapat juga pameran dari negara-negara luar.


Alhamdulillah kali ini sempat juga sampai untuk melihat pameran yang berlangsung... Berkebetulan pula ada urusan kerja berdekatan jadi bolehlah hadir.. bak kata pepatah..'sambil menyelam minum air'..
Macam biasa..masalah kesesakan hehe


Sasaran sudah tentu ruangan jualan pokok-pokok. Sebabnya nak mencari baja untuk pokok-pokok dalam pasu dan polybag kat rumah. Di MAHA ni pelbagai jenis baja boleh didapat disatu tempat. 
bunga-bunga pun banyak..harga amat berpatutan kepada peminat
haiwan-haiwan ternakan turut dipamerkan
Pameran jentera
P. Ramlee walaupun beliau telah lama meninggalkan kita, tapi sumbangan beliau kepada indsustri filem negara sentiasa diingati waima dalam pameran pertanian pun beliau 'muncul' :)
Sambil pusing-pusing tu ternampak pokok swet basil dan rosmary..sejenis herba inggeris..
Pokok Rosmary dan Sweet Basil yang telah dapat pasu baru..

Bukan pakar masak pun, tapi pernah le tengok Chef Wan guna semasa rancangan memasak dia tu, tambahan pula ada terbaca diblog. Jadi teringin pulak nak tanam sebagai hobi.. Tambah pula cik puan asyik menggunakan herba-herba ni yang jenis kering (beli kat tesco). Kan baik tanam sendiri..keringkan dan simpan, tak pun guna secara segar...wangi jugak :). Bertambah lagi koleksi pokok-pokok kat rumah tu.. Asal boleh makan taklah rugi ... Jadi lepas ni kena lah cari pasu yang sesuai untuk diisi pokok-pokok ni..:)

Selamat Datang @ From Penang With Love

Wednesday, 19 September 2012

Durian...suda mariiii....


 Musim yang paling disukai anak cucu bila balik raya... kena pulak musim durian..ehehe

Monday, 13 August 2012

Hasil Depan Laman


Kata orang berbudi pada tanah ada juga hasilnya.. dah kalau tak ada tanah??  gunalah polybag yang diisi tanah ehehe.. tanam bukan secara besar-besaran, tapi sekadar mengisi masa dan ruang yang kosong dihalaman rumah...selain menghijaukan..boleh jugak makan

Wednesday, 29 February 2012

Tuesday, 27 September 2011

Dari Taiping Ke Bukit Merah Lake Town Resort

17 Sept 2011 - Balik saja dari Majlis Perkahwinan Sue destinasi seterusnya adalah Bukit Merah Lake Town Resort alang-alang dah dekat..nak balik terus rugi pulak.. tambah lagi bukan selalu nak jalan-jalan jauh ni...

sebelum naik ke lebuh raya semula..boleh la singgah seketika kat tepi jalan di Taiping ni untuk membeli buah-buahan tempatan yang ada...bila lagi nak sokong peniaga tempatan kan? asyik beli kat Tesco saja..



Thursday, 23 June 2011

JJCM : Mempelam Harumanis dah habis musimnya (2011)

Musim mempelam harumanis (April -Jun) kat perlis nih..baru saja tamat kira-kira pertengahan bulan ni... ni kira edisi lambat..bukan apa supaya dimasa hadapan boleh beli ditempat yang betul dan harga berpatutan..almaklumlah banyak penipuan berlaku dan ada buah yang dijual ditepi jalan yang tak berkualiti (bukan semua le..) tapi harga??..mak datuk..mahaiiii nak mampuih... RM 15 pun ada...



Wednesday, 27 October 2010

Buah Ngeke @ Tampoi

Semasa balik dari PTK singgah jap di R&R Bukit Gantang... nak beli jambu batu ada biji kesukaan permaisuri rumahku... terlihat lah aku satu buah yang pelik benar pada pandangan aku..almaklum lah kampun aku mana ada buah nih..ni la pertama kalinya aku tegok... budak yang jual tu cakap nama dia tampoi.. wife aku cakap kampung dia orang panggil ngeke (baca dengan loghat kelantan ehehe - macam ike untuk ikan)

(ini aku kasi setting sikit la.. baru nampak nature.. kalau dah dalam plastik tak best pulak rupanya ehehe)

cara membukanya .. macam buka manggis.. isi kat dalam pun macam manggis saja rupanya.. tapi.. agak nipis isinya pasal bijinya lagi besar..kulit tak boleh makan (ada orang makan kulit dia ke?.. kalau ada bagi tau aku ehehe..)


rasanya manis + masam + kelat .. tapi memang best la.. kenyang? tidak mungkin..walaupun dimakan 10 biji.. macam gula-gula saja cara makan dia..


tak mudah tanggal dari tangkai..walaupun kulit dah dibuang... ni la dia sepakat membawa berkat hehehe


baru-baru nih wife aku ada pi ke padang besar (border Malaysia tu)..dia beli .. ada jual katanya.. agaknya musim la kot.. asal Malaysia ke Thailand tidaklah diketahui kalau dah dekat sempadan nih :)


Photobucket

Friday, 17 September 2010

JJCM : Buah Dokong

 

Bersempena balik raya kali ini..Kebun buah-buahan adalah salah satu tempat wajib.. masa tak ada buah tengok pokok je..tapi masa ada buah..inilah masanya memetik buah-buahan tempatan

Pak mentua memang rajin tanam pokok buah-buahan untuk anak cucu dia.. anak cucu tau nak makan je hehehe

Buah dokong di sini amat murah harganya.. nak jual pun tak berbaloi.. harga pasaran RM 1.50 - RM 2.00 sekilo.. peraih ambil RM 1.00 sekilo.. tambah upah orang naik 30 sen.. tuan pokok dapat penat je..70 sen bayar minyak kete pun tak lepas.. jadi baik sedekah je dapat gak pahala ..

  
 siapa yang datang rumah dapat sorang dua kilo sebagai buah tangan..
 

bagi pokok yang tinggi kena la upah orang panjat..pasal tinggi sangat n bahaya bagi orang yang tak pengalaman..almaklumlah dahan kecil dan licin..



 
setelah penuh satu bakul boleh le masukkan dalam kete...

  
ni satu lagi 'kawan' rapat... pantang lepa je..mesti panjat kaki nak isap darah heheh

  

ni pokok yang rendah sikit...tapi buah banyak dan lebat
  

 

  

  

 

Photobucket

Tuesday, 27 April 2010

HARUM MANIS 2010

Harum Manis... satu lagi produk negeri Perlis..yang tiada dimana-mana negeri... untuk tahun ini ia berbuah pada awal April hingga awal Mei 2010

buahnya yang manis lagi harum..serta mempunyai isi yang lembut, berbeza dengan lain-lain mangga (mempelam/ pauh). hanya hidup subur di negeri Perlis (boleh juga hidup di sempadan perlis)

pokok  harum manis agak 'manja' dari segi penjagaan ..jika tak di jaga dengan baik, ia mudah diserang penyakit dan serangga yang merosakkan pokok dan buahnya.

ia memerlukan cuaca yang panas (tekanan) untuk berbunga  dan berbuah.



Setiap kali Musim berbuah (antara bulan April - Jun, bergantung kepada musim panas) ianya boleh dibeli di Jabatan Pertanian Negeri Perlis (buah terbaik dari segi penjagaan dan kualiti) dan juga ada dijual di tepi-tepi jalan sekitar Negeri Perlis.

Harga adalah sekitar RM 8.00 hingga RM 12.00 per Kg (ada yang lebih untuk saiz yang lebih besar)