Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Friday, 17 September 2010

JJCM : Buah Dokong

 

Bersempena balik raya kali ini..Kebun buah-buahan adalah salah satu tempat wajib.. masa tak ada buah tengok pokok je..tapi masa ada buah..inilah masanya memetik buah-buahan tempatan

Pak mentua memang rajin tanam pokok buah-buahan untuk anak cucu dia.. anak cucu tau nak makan je hehehe

Buah dokong di sini amat murah harganya.. nak jual pun tak berbaloi.. harga pasaran RM 1.50 - RM 2.00 sekilo.. peraih ambil RM 1.00 sekilo.. tambah upah orang naik 30 sen.. tuan pokok dapat penat je..70 sen bayar minyak kete pun tak lepas.. jadi baik sedekah je dapat gak pahala ..

  
 siapa yang datang rumah dapat sorang dua kilo sebagai buah tangan..
 

bagi pokok yang tinggi kena la upah orang panjat..pasal tinggi sangat n bahaya bagi orang yang tak pengalaman..almaklumlah dahan kecil dan licin..



 
setelah penuh satu bakul boleh le masukkan dalam kete...

  
ni satu lagi 'kawan' rapat... pantang lepa je..mesti panjat kaki nak isap darah heheh

  

ni pokok yang rendah sikit...tapi buah banyak dan lebat
  

 

  

  

 

Photobucket

Aidilfitri 1431 H (2010)


Sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri..kita di sunatkan makan dulu...jadi menu pagi ini kat jerteh adalah Nasi Dagang (kebanyakan rumah di jerteh mesti buat ni..)

lepas tu baru gi solat aidilfitri..

 

  

lepas selesai solat sunat Aidilfitri
  

  

 


Photobucket

Saturday, 19 June 2010

Jeti Kuah Langkawi

kadang-kadang kita akan terjumpa dengan keajaiban alam ciptaan Allah, cumanya sama ada kita perasan atau tidak..atau kita tidak mempedulikannya (",)





Langkawi Under Water World

Salah satu tempat yang aku kira sesuai dan menarik untuk dilawati bersama keluarga (kanak-kanak) adalah Underwater World Langkawi.. banyak hidupan laut dan ikan-ikan pelik dan menarik dapat dilihat disini. bayaran masuk untuk dewasa RM 22.00.. kanak-kanak murah sikit :)
obor-obor ni
menarik salah satu akuarium..ni kalau ada kat rumah mesti best..tak tahan nak jaga je la hehe
 binatang berduri ni nama dia landak laut..suka betul dia makan (rosakkan) karang @ coral
cantik tak? ehehe
agak-agak berapa umur dia ye..kalau digoreng satu kampung boleh makan ehehe
lama aku dok tunggu nak 'snap' satu dua gambar.... sekor pun tak pusing, penguin ni semua asyik membelakangi pelawat..merajuk ke tunjuk perasaan ke ape kot hehe
budak-budak mesti suka ni..kadang-kadang orang dewasa pun suka :)
kolam ikan koi pun ada..

Tuesday, 27 April 2010

Nira Nipah Kuala Sanglang, Perlis



Jika ke Kuala Sanglang Perlis..disini terdapat satu tempat untuk minum nira..selalunya kita tengok orang jual nira hanya di tepi-tepi jalan. namum disini kita boleh minum nira di dalam kebun nipah (nipah yang ditanam oleh pemilik kebun) ala restoran dalam taman.. iaitu di Ladang Nipah Kipli

untuk ke sini.. ikut papan tanda jalan raya ke Kuala Sanglang, Perlis (bukan Kedah..pasal kedudukannya yang bersempadan dengan Negeri Kedah) sehinggalah berjumpa papan tanda seperti di bawah (ada dua tiga papan tanda macam ni) ikut sampai nampak papantanda macam kat atas tu..


suasana dalam kebun.. (sebelah rumah tokey je nih..)






Selain nira.. ada juga laksa dan beberapa makanan produk nira nipah..seperti cuka nipah dll (tak banyak la..)









Selain tu. ada jugak minuman ringan .. sepatutnya pemilik menumpukan kepada produk nira dan sebagainya.. untuk menaikkan namanya sebagai pusat pelancongan nira dan makanan bersaskan nipah.. boleh maju lagi dengan wawasan yang jelas la..


Apa pun nira adalah produk utama disini, walaupun kadang-kadang (bak kata P.Ramlee dalam Nujum Pak Belalang..) nira tak ada disebabkan kemarau.. :)





Selamat mencuba..

Update : Kipli pun dah ada blog .. [4/10/2011]

Monday, 14 December 2009

Aidil Adha 1430 H / 2009 M

Gambar ibadat korban kat rumah mertua di Jerteh, Besut, Terengganu.. walaupun lain sket dari kat kampung sendiri..ini semua pengalaman gak..tuh anak sedara aku yang dari KL berani2 tak je nak amik gambar dgn orang sebelih lembu ehehe

nih pulak kutu2 yang tak tau bersabar masa balik ke destinasi (lepas 2-3 hari raya) tak tau la apa yang diorang belajar dari ibadat korban nih.. semua mencari nahas untuk 'mengorbankan' diri dan orang lain. kalau dia sorang takpe jugak..ini tidak bakal menyusahkan orang lain dan membawa kesedihan kepada keluarga sendiri dan keluarga orang.. jadi bila memandu BERHATI-HATI DIJALAN RAYA :p