Showing posts with label Perlis. Show all posts
Showing posts with label Perlis. Show all posts

Wednesday, 29 February 2012

Sunday, 8 January 2012

JJCM lagi : Kari Kepala Ikan @ Restoran Ikan Bakar Samudera, Kuala Perlis (Edisi bajet)

Kali ni kita cuba pulak masakan Kari Kepala Ikan yang disediakan oleh Restoran Ikan Bakar Samudera, Kuala Perlis, Perlis @ Samudera Curry House @ Ikan Bakar Samudera.

Kari kepala Ikan (kecik.. almaklum edisi bajet eheh)

Sunday, 18 December 2011

Gerhana Bulan 10 Disember 2011



Pada 10 Disember 2011  pada siapa yang sedar akan keadaan semasa pastinya berpeluang untuk melihat Gerhana Bulan (kalau tak mendung le..)

Thursday, 23 June 2011

JJCM : Mempelam Harumanis dah habis musimnya (2011)

Musim mempelam harumanis (April -Jun) kat perlis nih..baru saja tamat kira-kira pertengahan bulan ni... ni kira edisi lambat..bukan apa supaya dimasa hadapan boleh beli ditempat yang betul dan harga berpatutan..almaklumlah banyak penipuan berlaku dan ada buah yang dijual ditepi jalan yang tak berkualiti (bukan semua le..) tapi harga??..mak datuk..mahaiiii nak mampuih... RM 15 pun ada...



Wednesday, 23 February 2011

JJCM: Laksa Perlis Kak Su, Kuala Perlis

Kalau ke Kuala Perlis.. tak pekena Laksa Perlis.. memang tak kena.. kalau sebut kuala perlis glamer dengan laksa dan ikan bakar.. kali ni kita cuba Laksa Perlis Kak SU... antara yang terbaik kat perlis nih.. laksa perlis biasanya orang makan dicampur dengan pulut udang... fuhh best woo... rugi tak cuba... kedai (rumah kedai) nih tersorok sikit.....dari laut/jalan utama.. kalau kat tepi laut tu banyak kedai ikan bakar.. sesuai untuk bawa keluarga.. kalau ikut poster kat kedai dia ada FB sendiri :)

Laksa Perlis Kak Su

Penilaian (1-5):
  1. Lokasi : 2 (susah nk cari kalau buka orang perlis, kena tanya ler)
  2. Suasana : 4
  3. Makanan : 5
  4. Kebersihan : 5
  5. Servis : 4
Photobucket

Wednesday, 27 October 2010

Kuala Perlis : Sunset

Keindahan Petang di Kuala Perlis...mendamaikan..









Photobucket

Tuesday, 27 April 2010

HARUM MANIS 2010

Harum Manis... satu lagi produk negeri Perlis..yang tiada dimana-mana negeri... untuk tahun ini ia berbuah pada awal April hingga awal Mei 2010

buahnya yang manis lagi harum..serta mempunyai isi yang lembut, berbeza dengan lain-lain mangga (mempelam/ pauh). hanya hidup subur di negeri Perlis (boleh juga hidup di sempadan perlis)

pokok  harum manis agak 'manja' dari segi penjagaan ..jika tak di jaga dengan baik, ia mudah diserang penyakit dan serangga yang merosakkan pokok dan buahnya.

ia memerlukan cuaca yang panas (tekanan) untuk berbunga  dan berbuah.



Setiap kali Musim berbuah (antara bulan April - Jun, bergantung kepada musim panas) ianya boleh dibeli di Jabatan Pertanian Negeri Perlis (buah terbaik dari segi penjagaan dan kualiti) dan juga ada dijual di tepi-tepi jalan sekitar Negeri Perlis.

Harga adalah sekitar RM 8.00 hingga RM 12.00 per Kg (ada yang lebih untuk saiz yang lebih besar)









Nira Nipah Kuala Sanglang, Perlis



Jika ke Kuala Sanglang Perlis..disini terdapat satu tempat untuk minum nira..selalunya kita tengok orang jual nira hanya di tepi-tepi jalan. namum disini kita boleh minum nira di dalam kebun nipah (nipah yang ditanam oleh pemilik kebun) ala restoran dalam taman.. iaitu di Ladang Nipah Kipli

untuk ke sini.. ikut papan tanda jalan raya ke Kuala Sanglang, Perlis (bukan Kedah..pasal kedudukannya yang bersempadan dengan Negeri Kedah) sehinggalah berjumpa papan tanda seperti di bawah (ada dua tiga papan tanda macam ni) ikut sampai nampak papantanda macam kat atas tu..


suasana dalam kebun.. (sebelah rumah tokey je nih..)






Selain nira.. ada juga laksa dan beberapa makanan produk nira nipah..seperti cuka nipah dll (tak banyak la..)









Selain tu. ada jugak minuman ringan .. sepatutnya pemilik menumpukan kepada produk nira dan sebagainya.. untuk menaikkan namanya sebagai pusat pelancongan nira dan makanan bersaskan nipah.. boleh maju lagi dengan wawasan yang jelas la..


Apa pun nira adalah produk utama disini, walaupun kadang-kadang (bak kata P.Ramlee dalam Nujum Pak Belalang..) nira tak ada disebabkan kemarau.. :)





Selamat mencuba..

Update : Kipli pun dah ada blog .. [4/10/2011]