Showing posts with label Budaya. Show all posts
Showing posts with label Budaya. Show all posts

Tuesday, 11 September 2012

Aidilfitri 1433 H (2012)

 Solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Hadhari, Jerteh..

Thursday, 2 August 2012

Serbuk Kari "Live" Kepala Batas, Pulau Pinang

Baru-baru ni aku balik kampung untuk berbuka bersama keluarga di kampung... dah bukan selalu.. selain tu dapat jugak pusing-pusing tengok kawasan kampung dan persekitaran negeri nih...banyak sungguh dah berbeza,,suasana kampung pun semakin berkurang akibat dihimpit pembangunan...

tapi bukan itu yang nak cerita disini...tapi ini... tu dia.... kedai rempah kari


Monday, 12 December 2011

Masjid Kapitan Keling, Georgetown, Pulau Pinang


 Salah Sebuah masjid yang bersejarah di Pulau Pinang adalah Masjid Kapitan Keling dan kalau ke Pulau Pinang singgahlah ke masjid ini..

Wednesday, 8 December 2010

Evolusi atau revolusi hidup..

Handphone aku yang lama-lama dulu
kita hanya sedar bila kehilangannya... lama-kelamaan kita menerima keadaann akan kehilangannya.. dan meneruskan hidup..
apakah......??
Photobucket

Monday, 6 December 2010

Majlis Perkahwinan Norazmah & Nasrin

Lokasi : Kampung Jeram Landak, Kuala Lipis, Pahang.


Lama tak travel jauh-jauh dengan kete ni..penat dan memenatkan. Tapi mengenangkan persahabatan dan janji, saya dan isteri telah bertolak ke Pahang nun untuk mengahadiri majlis perkahwinan Norazmah & Nasrin.

3 Disember 2010 - Perjalanan terus dari Kangar ke Jerantut melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan keluar melalui Tol Temerloh, perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam (Perlis - Jerantut).. Alhamdulillah dekat pukul 6 jugak baru sampai. Memandangkan dah hampir gelap.. keputusan diambil untuk bermalam di Hotel Inderapura, Jerantut. Hotel nih dekat dengan Stetsen Bas Jerantut, kemudahan kira okey & bilik bersih, tempat makan pun dekat (ni yang penting sekali eheh)

Esoknya (4 Disember 2010) - bertolak ke rumah pengantin di Kuala Lipis (Kg Jeram Landak)... makan-makan dan tengok pengantin :)


Pengantin perempuan turun menyambut pengantin lelaki
pengantin telah disatukan didepan rumah
pesilat anak beranak (menurut MC ler..) .. buat persembahan kepada pengantin

adik pengantin pun bersilat jugak..
sebelum balik bergambar dengan pengantin dulu..


Semoga pasangan pengantin akan berbahagia dan berkekalan seumur hidup.. InsyaAllah.. amin..

Langkah seterusnya...bertolak ke KL la .. alang-alang dah jauh singgah ke MAHA 2010 (Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show) yang diadakan di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang masih ada SATU hari lagi.. kira sempat jugak la pi sana :)
Photobucket

Monday, 30 August 2010

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-53


Kepada Semua Warganegara Malaysia Selamat Hari Kebangsaan Ke-53.......... MERDEKA !!

Monday, 14 December 2009

Aidil Adha 1430 H / 2009 M

Gambar ibadat korban kat rumah mertua di Jerteh, Besut, Terengganu.. walaupun lain sket dari kat kampung sendiri..ini semua pengalaman gak..tuh anak sedara aku yang dari KL berani2 tak je nak amik gambar dgn orang sebelih lembu ehehe

nih pulak kutu2 yang tak tau bersabar masa balik ke destinasi (lepas 2-3 hari raya) tak tau la apa yang diorang belajar dari ibadat korban nih.. semua mencari nahas untuk 'mengorbankan' diri dan orang lain. kalau dia sorang takpe jugak..ini tidak bakal menyusahkan orang lain dan membawa kesedihan kepada keluarga sendiri dan keluarga orang.. jadi bila memandu BERHATI-HATI DIJALAN RAYA :p

Thursday, 22 October 2009

Kampung Budaya Sarawak


[22
Jalan-jalan Sarawak kali ini membawa ke kampung Budaya Sarawak, ia terletak di kaki Gunung Santubong (35 Km dari Kuching @ 40 minit la lebih kurang)...

cara ke sini mudah saja sama ada mengambil teksi, ejen pelancongan atau menggunakan shuttle hotel (untuk yang sediakan la) kalau tak... boleh je naik teksi / van pengankutan awam (RM 20 lbh kurang..) tgk gaya ler..kalau nasib tak baik mahal sikit

bayaran masuk adalah RM 60.00 (dewasa) / RM 30.00 (kanak2 berumur 6-12 tahun).. untuk local.. murah sikit.. dan bagi yg bertugas di sarawak dan ada "passport" biru tu boleh dapat local price (dengan syarat kena bawak "passport" tu) kalau tak bawak.. alamatnya full price jugak la ehehe


dalam passport tu ada peta nih.. so kita ikut la route yg disediakan nih...

sebelum tu..kalau dahaga boleh minum dulu kat kafeteria yg ada di ruang atas berdekatan auditorium (surau ada di bawah kafeteria nih ) pemandangan dia cantik jugak..tapi ingat kita datang bukan nak minum.. ingat ..mahal tu bayaran masuk..so mesti memaksimumkan masa yg berharga ni


kalau kita ke balcony kafe nih kita akan nampak 'totem' atau tiang berukir kat bawah menyambut tetamu..




tarikan utama disini adalah rumah2 tradisional serta persembahan kebudayaan masyarakat etnik Sarawak, foreign tourist memang suka ni, boleh menari sekali




di rumah penan kita boleh la tunjuk skil menyumpit tersembunyi kita tu... (kalau dulu2.. zaman cave man kira skilled hunter la tu ehehe)




lepas tu kita ke rumah bidayuh pulak.. macam2 ada sini.. dalam perjalanan tu kita boleh cuba jambatan buluh (teringat masa zaman bebudak main 'titi' nih ) . disini ada juga dijual sedikit sebanyak kraftangan etnik bidayuh.

masa sampai nih pakcik ni tengah dok ukit tabung anak sumpit (dia tengah ukir design "1Malaysia" pada buluh tu) sambil tu menceritakan pengalaman beliau sejak Kampung Budaya ni dibuka disamping pengalaman menyertai pameran2 kebudayaan di dalam negara dan ke luar negara.

katanya beliau pernah mke Hulu Tembeling dan belajar juga ukiran di sana.. kalau yang ingin berbicara panjang boleh sembang dgn pakcik nih..ramah n banyak cerita yang dapat di dengar (Nama terlupa nk tanya pulak ekekeke )

sambil tu masa tak boleh dibazirkan kerana ia berlalu begitu pantas sekali..banyak lagi tak lawat..so snap gambar bersama pakcik n mak cik ..n terus ke destinasi seterusnya,


di rumah panjang Iban pula kita disajikan dengan persembahan muzik tradisional..selain pengunjug boleh menyewa kostum untuk bergambar dengan pakaian tradisonal.. kalau bernasib baik boleh tengok akak nih menenun kain pua secara tradisional... uuu..






seterusnya kita ke rumah orang ulu..huii tinggi rumah nih..n keadaannya juga nampak selesa...corak hiasan didinding juga amat menarik.. ketinggian nih juga membuat kita terfikir camana la nak tegakkan batang balak yang besar dan berat nih nak buat tiang masa dulu2 ye..




disamping tu juga kita boleh cuba kuih tradisi orang ulu..ape nama tah.. ia dibuat dari ubi kayu dan digoreng..




selain tu..ada juga rumah tinggi melanau..menarik rumah nih..sangat tinggi dan didalamnya pun ada lagi 3 atau 4 tingkat lagi... menakjubkan bagaimana manusi bina rumah macam nih..yg paling menarik ianya di negara kita sendiri MALAYSIA (tapi sayangnye bateri pulak dah "kong" masa nih..jadi takde la gambar ..seterusnya rumah melayu (biasa la typical Malay house..semua orang dah tau) tapi takpe..warisan mesti dijaga maajun pun ada jual sini ehehe :-D..seterusnya rumah ladang cina..(ada manik2 ..sarang burung dsb)

Akhir sekali semua pengunjung mesti menonton [b]Persembahan kebudayaan[/b]...(diadakan pada pagi (11.30 pagi) dan petang (4.00 ptg) sahaja..jadi time mesti la rancang kalau nak datang sini


lepas tu tibalah masanya nak balik.......then mula la satu masalah..takde teksi/ atau van penumpang yang biasa.. yg ada hanya Shuttle persendirian (di hired oleh hotel dan pakai kupon).. setelah berbincang dengan brader driver tu..dia pun setuju bawak ke Kuching (RM 20.00 sorang) , kerana kebetulan vannya kurang penumpang dan hendak ke Kuching (Masa dah 5.00 pm :-O) ..huh selamat..

moral of the story kena la prepare betul2 bab transportation nih ;-) biasanya pagi dan tengahari tu van biasa masih ada..kalau petang tu masalah sikit kerana van penumpang persendirian hanya beroperasi sehingga 5.00 ptg je.. baik datang pagi :)