Thursday, 20 January 2005

Renungan Aidil Adha



 

( Image Source : http://www.ysljdj.com/ )


Sempena Aidiladha yang mulia ini marilah kita sama-sama menghayati khutbah yang telah disampaikan Baginda Rasulullah S.A.W pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.


Khutbah Terakhir Rasulullah

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan.“

"Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini."

“Oleh itu, dengarlah dengan teliti kataku dan sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini."

“Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci."

“Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak."

“Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun supaya orang lain tidak menyakiti kamu lagi."

“Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu."

“Allah mengharamkan riba, justeru, segala urusan membabitkan riba dibatalkan mulai sekarang."

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu."

“Dia (syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil."

“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak di atas kamu."

“Jika mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang."

“Layani wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah dengan mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia."

“Dan hak kamu atas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasa pada Ramadan dan tunaikan zakat daripada harta kekayaan kamu."

“Kerjakanlah ‘ibadat haji’ jika kamu mampu."

“Ketahuilah bahawa setiap Muslim ialah saudara kepada Muslim lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia daripada yang lain kecuali dalam takwa dan beramal soleh."

“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah supaya jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas kewafatanku."

“Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepas aku dan tidak akan lahir agama baru."

“Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kataku yang sudah aku sampaikan kepada kamu."

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya."

“Itulah al-Quran dan sunnahku, hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain."

“Semoga orang yang terakhir lebih memahami kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku."

“Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya sudah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-Mu.”

0 pendapat:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi pandangan..

P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)