Saturday, 19 June 2010

Makam Mahsuri

Kalau kita pertamakali ke Langkawi memang tah sah la kalau tak ke Makam Mahsuri. Kisah Mahsuri ni memang terkenal dengan dimana Mahsuri telah di fitnah berzina dan dihukum bunuh... Makam ni terletak di Kampung Mawat (Mawar? ..mawaq) semasa hukuman dijalankan (di tikam) badan mahsuri telah mengalirkan darah putih (ye..ke tak..terpulang pada masing-masing ehehe).. disini jugak lah kisah sumpahan tujuh keturunan bermula (diaktakan sebelum mati, Mahsuri telah melafazkan sumpah ini terhadap Langkawi)..


Bab makam mahsuri nih...memang berubah la.. dulu2 aku pernah tengok nisan mahsuri dalam gambar.. makam dia ala-ala modern gitu..dah sekarang dah macam zaman purba pulak..entah la mana yang betul aku pun dah tak pasti...

Makam Mahsuri terletak dalam Kompleks Kebudayaan.. dan selain pameran barang-barang lama..sejarah mahsuri. terdapat juga persembahan kebudayaan, muzik dan sebagainya (ini yang menyedihkan aku..ye la..kawasan kubur ada muzik2 dan sebagainya pulak..tak tau lah pandangan orang lain)

Masa aku sampai..ada pulak 'kutu' dah letak sesikat pisang (sedekah @ persembahan?) di kawasan kubur nih (nasib baik pagar dikunci..kalau tak mahu dia letak tepi nisan tu) nampaknya pengawasan perlu dibuat agar perkara2 khurafat tidak di buat disini.

Apa pun kisah mahsuri dengan Langkawi bak isi dengan kuku la

Tak jauh dari makam terdapat Teratak Sri Mawat..dikatakan rumah bapa Mahsuri, Pandak Mayah .. replika ke ape tadak dapat dipastikan (kalau dah tujuh keturunan tu faham2 je la...lagi pun dipersejarahkan [betul ke ayat aku nih..ehehe] keluarganya telah pindah ke siam setelah Mahsuri di bunuh)


Dalam perjalanan balik ke Kuah tu lepas keluar sikit dari Kompleks Makam Mahsuri ni..kalau dilihat disebelah kanan mesti ternampak pemandangan ni..(tak tahu la kalau ada lagi masa anda sampai..kot dah di develop ke apa)

0 pendapat:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi pandangan..

P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)