Pak mentua memang rajin tanam pokok buah-buahan untuk anak cucu dia.. anak cucu tau nak makan je hehehe
Buah dokong di sini amat murah harganya.. nak jual pun tak berbaloi.. harga pasaran RM 1.50 - RM 2.00 sekilo.. peraih ambil RM 1.00 sekilo.. tambah upah orang naik 30 sen.. tuan pokok dapat penat je..70 sen bayar minyak kete pun tak lepas.. jadi baik sedekah je dapat gak pahala ..
siapa yang datang rumah dapat sorang dua kilo sebagai buah tangan..
bagi pokok yang tinggi kena la upah orang panjat..pasal tinggi sangat n bahaya bagi orang yang tak pengalaman..almaklumlah dahan kecil dan licin..
setelah penuh satu bakul boleh le masukkan dalam kete...
ni satu lagi 'kawan' rapat... pantang lepa je..mesti panjat kaki nak isap darah heheh
ni pokok yang rendah sikit...tapi buah banyak dan lebat
0 pendapat:
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi pandangan..
P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)