Monday 6 December 2010

Majlis Perkahwinan Norazmah & Nasrin

Lokasi : Kampung Jeram Landak, Kuala Lipis, Pahang.


Lama tak travel jauh-jauh dengan kete ni..penat dan memenatkan. Tapi mengenangkan persahabatan dan janji, saya dan isteri telah bertolak ke Pahang nun untuk mengahadiri majlis perkahwinan Norazmah & Nasrin.

3 Disember 2010 - Perjalanan terus dari Kangar ke Jerantut melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan keluar melalui Tol Temerloh, perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam (Perlis - Jerantut).. Alhamdulillah dekat pukul 6 jugak baru sampai. Memandangkan dah hampir gelap.. keputusan diambil untuk bermalam di Hotel Inderapura, Jerantut. Hotel nih dekat dengan Stetsen Bas Jerantut, kemudahan kira okey & bilik bersih, tempat makan pun dekat (ni yang penting sekali eheh)

Esoknya (4 Disember 2010) - bertolak ke rumah pengantin di Kuala Lipis (Kg Jeram Landak)... makan-makan dan tengok pengantin :)


Pengantin perempuan turun menyambut pengantin lelaki
pengantin telah disatukan didepan rumah
pesilat anak beranak (menurut MC ler..) .. buat persembahan kepada pengantin

adik pengantin pun bersilat jugak..
sebelum balik bergambar dengan pengantin dulu..


Semoga pasangan pengantin akan berbahagia dan berkekalan seumur hidup.. InsyaAllah.. amin..

Langkah seterusnya...bertolak ke KL la .. alang-alang dah jauh singgah ke MAHA 2010 (Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show) yang diadakan di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang masih ada SATU hari lagi.. kira sempat jugak la pi sana :)
Photobucket

3 comments:

  1. dapat jugak tgk pengantin kak az tu en.mat..cantik..

    ReplyDelete
  2. haa.. tu la linda.. awat tak pi? :)

    ReplyDelete
  3. terbaekkk...smoge kekal berbahagia...amin

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberi pandangan..

P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)