Kalau berada di Sarawak... terutamanya di Miri..dan teringin pulak nak makan asam pedas (asam pedas Melaka)
haa tu diaa. mana
mau cari ??? nak cari
kat mana ? tak perlu balik ke semenanjung atau ke melaka/johor ke
ape.....
kat (dekat kata orang utara) Miri ada
Restoran Selera Melayu yang menyediakan masakan semenanjung terutamanya asam pedas Melaka.. dengar cerita pemilik adalah bekas polis dan buka restoran nih.. apa pun bukan kita nak buat
scoop pasal pemilik kedai ni .tapi pasal makanan yang ada dijual disini (
kalau nak tau jugak pasal tokey dia pi ke sini) dan yang paling penting mesti sedap !! kalau tak sedap..
takde la aku masukkan
kat sini..
ngabihkan boreh je kata orang ..ehehe.
kat sini
specialty dia memang la asam pedas.. tapi masakan lain pun ada.. hari nih kita makan.. asam pedas..masak lemak udang, bawal goreng, kerabu pucuk paku, sambal mangga, nasi putih dan untuk pencuci mulut buah-buahan (mangga + jambu air) serta
desert .. apa nama tak
tau yang rasanya susu sejat n koktel buah-buahan campur puding.
sambil-sambil tu boleh orer jugak sate...kedai nih tak jual..tapi
brader kat depan kedai ni jual sate.. boleh bawak masuk dalam kedai...
kedai nih terletak dekat dengan pasar malam jalan saberkas.. sebelah dengan pejabat parti SPDP dan pos laju ..nak cerita lebih pun aku bukan
tau sangat..almaklum orang yang bawak makan sini (malam pulak) (
gambar depan kedai boleh tengok sini) so tanya pemandu teksi atau pakai google map ehehe
Peta Bermula di Mega Hotel ( dekat maybank) ke Saberkas Commercial Centre Miri
View Larger Map
Penilaian (1-5):
- Lokasi : 3 (susah nk cari parking kalau malam)
- Suasana : 4
- Makanan : 5
- Kebersihan : 4
- Servis : 4
Coretan Pengguna Facebook:
0 pendapat:
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi pandangan..
P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)