Thursday, 23 June 2011

JJCM : Mempelam Harumanis dah habis musimnya (2011)

Musim mempelam harumanis (April -Jun) kat perlis nih..baru saja tamat kira-kira pertengahan bulan ni... ni kira edisi lambat..bukan apa supaya dimasa hadapan boleh beli ditempat yang betul dan harga berpatutan..almaklumlah banyak penipuan berlaku dan ada buah yang dijual ditepi jalan yang tak berkualiti (bukan semua le..) tapi harga??..mak datuk..mahaiiii nak mampuih... RM 15 pun ada...





Ni aku nak cerita satu lagi tempat yang boleh dapat harumanis..bila mai ke Perlis pada masa depan boleh pi cari... ni dia Harumanis dari Kebun Pak Musa di Santan, Perlis. Pak Musa adalah bekas kakitangan Jabatan Pertanian Perlis, dia ada kebun sendiri dan jual sendiri depan rumah dia... harga agak berpatutan berbanding harga tepi jalan/ lebuhraya Changlun-Kuala Perlis.. cumanya kena masuk ke Santan le dulu


Kalau dari Kangar..ikut saja signboard jalan raya ke Santan kalau jumpa Sekolah Kebnagsaan Santan..kira-kira 200 meter lepas tu disebelah kiri boleh nampak kebun/ signboard seperti gambar diatas .. tu tanda dah sampai la. masuk ikut pintu depan tu kalau gerai kat depan tak buka/ditutup...rumah dia kat dalam tu..jadi boleh tanya terus..

Kualiti buah yang dihasilkan oleh kebun pak musa..kira baik..dan InsyaAllah puas hati...

Sambil menunggu buah dibungkus pengunjug boleh 'ushar' pokok-pokok mempelam harumanis yang ada disekeliling rumah Pak Musa..kira sambil menyelam minum air la...buah dapat pokok pun dapat tengok..


P/s : ushar : tengok-tengok
 Selamat Datang @ From Penang With Love

4 comments:

  1. sebut harum manis saja dah meleleh ayaq liur .. mau pulak makan dengan pulut .. uishh .. nora elena lalu kat blkg pon x sedaq ^_^

    ReplyDelete
  2. @nonvespa

    Terbaekkkk. harumanis nih..

    p/s; mr.shidi, hang tak mai sini hari tu..kalau tak aku jamu buah harumanis dah hehehe..

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak tunggu bulan mei/jun thn depan. nak merasa juga si harumanis ni...

    pst : apasal leceh benor nak isi shoutbox (kat sblh) tu..grrr

    ReplyDelete
  4. @Juadah mm..kalau tak hujan (lebat) antara bulan Januari-Mac (musim berbunga)..insyaAllah akan banyak buahnya..harga pun ok sikit :P

    huhu..sorry..dah buang captcha tu..
    la nih dah boleh..jgn marah :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberi pandangan..

P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)