Tuesday, 27 April 2010

HARUM MANIS 2010

Harum Manis... satu lagi produk negeri Perlis..yang tiada dimana-mana negeri... untuk tahun ini ia berbuah pada awal April hingga awal Mei 2010

buahnya yang manis lagi harum..serta mempunyai isi yang lembut, berbeza dengan lain-lain mangga (mempelam/ pauh). hanya hidup subur di negeri Perlis (boleh juga hidup di sempadan perlis)

pokok  harum manis agak 'manja' dari segi penjagaan ..jika tak di jaga dengan baik, ia mudah diserang penyakit dan serangga yang merosakkan pokok dan buahnya.

ia memerlukan cuaca yang panas (tekanan) untuk berbunga  dan berbuah.



Setiap kali Musim berbuah (antara bulan April - Jun, bergantung kepada musim panas) ianya boleh dibeli di Jabatan Pertanian Negeri Perlis (buah terbaik dari segi penjagaan dan kualiti) dan juga ada dijual di tepi-tepi jalan sekitar Negeri Perlis.

Harga adalah sekitar RM 8.00 hingga RM 12.00 per Kg (ada yang lebih untuk saiz yang lebih besar)









0 pendapat:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi pandangan..

P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)