Tuesday, 27 April 2010

Nira Nipah Kuala Sanglang, Perlis



Jika ke Kuala Sanglang Perlis..disini terdapat satu tempat untuk minum nira..selalunya kita tengok orang jual nira hanya di tepi-tepi jalan. namum disini kita boleh minum nira di dalam kebun nipah (nipah yang ditanam oleh pemilik kebun) ala restoran dalam taman.. iaitu di Ladang Nipah Kipli

untuk ke sini.. ikut papan tanda jalan raya ke Kuala Sanglang, Perlis (bukan Kedah..pasal kedudukannya yang bersempadan dengan Negeri Kedah) sehinggalah berjumpa papan tanda seperti di bawah (ada dua tiga papan tanda macam ni) ikut sampai nampak papantanda macam kat atas tu..


suasana dalam kebun.. (sebelah rumah tokey je nih..)






Selain nira.. ada juga laksa dan beberapa makanan produk nira nipah..seperti cuka nipah dll (tak banyak la..)









Selain tu. ada jugak minuman ringan .. sepatutnya pemilik menumpukan kepada produk nira dan sebagainya.. untuk menaikkan namanya sebagai pusat pelancongan nira dan makanan bersaskan nipah.. boleh maju lagi dengan wawasan yang jelas la..


Apa pun nira adalah produk utama disini, walaupun kadang-kadang (bak kata P.Ramlee dalam Nujum Pak Belalang..) nira tak ada disebabkan kemarau.. :)





Selamat mencuba..

Update : Kipli pun dah ada blog .. [4/10/2011]

0 pendapat:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi pandangan..

P/s : jangan lupa isi nama @ nama samaran :)